Day 1 - Bangkok - Ayuthayya- Sampeng Lane

Special entry untuk Nurul Izean & Zulhida Azizol Hassan.

Trip to Bangkok - Day 1 Itinerary

KLIA2 to - Bangkok ( Don Muang)   : Naik air Asia ( delay 3 kali tukar gate). Alhamdulillah sampai dengan selamat . 

Bangkok (Don Muang) to Bangkok Town - by Taxi  (THB 265).

Sampai airport lepas imigresen turun eskalator keluar terus ikut Pintu No.4 ( ada signboard tulis Taxi).Bagitahu dia mana nak pergi dia akan bagi macam kupon dan driver taxi akan bawak ke taxi.Kami sampai dalam pukul 2 am waktu Bangkok ( beza time Malaysia dengan Bangkok  1 jam lewat)
Tip #1 Print booking hotel yang ada alamat and no telefon lengkap. Kalau dkt imigresen tanya stay mana boleh tunjuk and untuk guide and taxi driver too.

Selamat sampai hotel malam tue.Rehat dan mandi tido dan start the journey esok pagi.

Morning  Day 1.

Kami bangun seawal jam 4.47 am untuk subuh. Siap bawa kelengkapan air, charger and etc.Terus keluar dan berjalan kaki ke Sala Daeng BTS Station. OK dari tempat tinggal kami berjalan kaki dalam 10 minit ke station. First tempat nak pergi ialah ker Bangkok Railway Station untuk naik kereta api ker Station Ayuthaya. So Sala Daeng nie tak sambung route to MRT station.Turun semula berjalan lagi 15 minit ke Silom Station. Warna biru station nya.Underground tren.Dari Silom naik tren ke Hua Lamphong .Tiket kat sini kena beli satu2. Tak sama macam Singapore ada tourist passes.
Di Bangkok Railway Station  sila beli tiket untuk ke Ayuthaya.Dalam  THB20 /person. Ini harga untuk tiket  3rd class 



Tiket train dari  Bangkok Station  - Ayuthaya Station


Ini coach keretapi 3rd class

Perjalanan mengambil masa 1.5 jam . So coach keretapi 3rd class hanya ada tingkap yang luas terbuka dan kipas dinding macam dalam gambar. Cuba dapatkan seat sebelah tingkap supaya dapat nampak pemandangan yang luas. 


Permandangan dalam tren. Masa dalam nie macam-macam orang datang jual air ,jajan, buah , kuih dan etc. Beli mineral water sahaja. Sebab Bangkok sangat panas dan kena sentiasa hydrated kan badan.Tapi agak2 jugak la minum kang nak pi toilet jer memanjang.After 1.5 jam kami berjaya sampai di Ayuthaya Station. Biasanya conductor tren akan buat bising station seterusnya ke Ayuthaya.Or boleh refer sini

Credit to yang share

Credit to siapa yang share

Credit to siapa yang share
Dah sampai station Ayutthaya . Keluar dari station pusing ke kanan ada Tourist Information Centre. dia akan explain mana nak pergi ker historical park dan apa wat yang ada. Wat nya banyak kalau nak pergi satu2 makan 4-5 jam juga. So kami pilih untuk tengok 3 wat jer. OK kenderaan dekat sini boleh naik sampan THB5 seorang untuk cross sungai. Sampai sebelah sana boleh la mabik tuk-tuk. Biasa tuk-tuk 1 jam THB300. Korang bargain la sampai dapat murah . Kami mintak 3 jam untuk THB500. Dia letak THB800 buat la jual mahal sikit turunkan harga.
Station Ayuthaya

Station Ayuthaya


Stesen Ayuthaya

Tren 


















Nasi Prad Kha Paw Daging. Sedap nya dapat makan yang original. Cost us THB50/pax .







Comments

Popular Posts