It has been so longgggggg


Hi ,

Sangat lama .. tersangat lama. Kagum pada yang mampu bertahan nak tulis blog sampai sekarang.Tambahan pula dengan media social FB , Instagram .Dah ada instagram datang pulak insta story , DM  and etc. Fuhh tak terkejar.. Hari nie belek2 balik terasa macam nak membebel semula.

Apa khabar di luar sana. Harapan nya semua yang indah-indah belaka.Ekonomi makin slow seslow air sungai yang mengalir pelahan bila dah makin cetek. Apa khabar semua kawan-kawan .Kadang walau tanpa kata dan ungkapan ingatan pun dah cukup untuk menghargai seorang kawan.

Dunia semakin laju berputar tak sedar satu hari 24 jam dah tak cukup tak menang nak buat semua kerja dalam satu masa. Dunia akhir zaman gamaknya. Terpanggil pada kawan-kawan yang hilang pekerjaan disebabkan company yang dah tak mampu survive. Always positif. Yang nampak nyata tak seindah yang di harapkan tapi yang pahit itu tak semestinya akan terus kelat. Selalunya DIA nak memberikan sesuatu yang terbaik dan lebih baik daripada yang ada.

Baru-baru ini berkesempatan balik Kelantan untuk majlis perkahwinan adik sepupu. Setiap kali balik KB memang masa tak pernah cukup nak melawat keseluruhan Pasar Besar Siti Khadijah. Ok siapa yang nak updated yang cepat boleh follow IG: @fizaamran . Biasanya saya akan direct update from kawasan kejadian.

Name it apa benda yang tiada di sini dari sekecil-kecil keropok, makanan sedia di mkan, pre-cooked food, rempah, periuk belanga , kuih muih dan bunga-bungaan untuk mandi bunga semua ada. itu pun belum naik ketingkat atas pasar lagi. Batik , kain baju murah-murah belaka.


Ini deretan kedai menjual rempah masakan Kelantan. Rempeh kerutuk , rempah kuzi, rempah gulai ayam & daging semua ada .


Bunga-bunga klasik tanjung , melati , kenangan , cempaka . 7 jenis bunga RM4


Tempat makan wajib singgah bila sampai di sana. Restoran Hoover menjual Nasi Sumatera . ayam goreng Kampung , Paru goreng , sayur taugeh signature kedai nie. Pak cik yang belakang sekali tue kira bil macam kira guna kalkulator. 




Nasi bungkus kat Hoover akan di kemaskan dengan paku  menggantikan getah.


Ini Etok .. etok nie akan di salai sebelum boleh dimakan.


Laksa Kelantan bersama dengan awas-awas nya .Sedap makan atas pasar kuah panas-panas


Kepelbagaian jualan kuih muih di bawah pasar.


Pilihan bunga pelbagai warna dan jenis


Tempat wajib singgah kedai beras. Stok up berasa nasi dagang dan kali ini beli berasa Serindit. 


Pelbagai bentuk dan jenis keropok .



Restoran Capital tempat kami sekeluarga makan pagi selama berada di sana. Bukan tak nak pergi Kopitiam yang terkenal semua di sana. Ramai nya manusia serabut kami memilih untuk duduk dan makan di tempat yang tenang2 sahaja. Tapi makanan not bad.


Nasi Dagang , Laksa Kelantan , Cucur , Popia dan Kopi O Ais kaw..


Comments

Popular Posts