Lagi 2 hari Raya 2015- Kota Bharu , Kelantan


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 

Bulan Ramadhan pun tak sempat nak ucap. Tapi Alhamdulillah tahun ini sempat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan 1436H .Selamat Hari Raya Maaf Zair Batin sekiranga selama penulisan ini ada menyinggung perasaan sesiapa.

 Tahun ni agak rileks dapat beberapa kali solat terawih buat kuih raya sendiri. Kuih beli tak banyak sebab berazam untuk kurangkan expenses beli biskut raya . Order untuk Bloom Bakes tetap ada alhamdulillah rezeki Allah Taa'ala. Walau yang order hanya regular customer tapi tetap bersyukur. Kali ini kalau perasan siapa yang jual kuih raya tahun lepas tahun nie dah tak berjualan. Faktor kos rasanya . Barang baking semua naik harga plus GST lagi . Ada banyak faktor kalau nak dilihat pasal penurunan penjual biskut raya kali ini. 

Tahun ini diberi kesempatan untuk berhari raya di Kota Bharu, Kelantan . Kampung disebelah suami saya.Pengalaman baru untuk myself. Sampai di Kelantan 2 hari sebelum hari raya. Jalan tak jem sangat cuma jem dekat Plus highway nak ker Kuala Kangsar. Route kami adalah dari Kuala Kangsar teus ke Grik dan East West Highway untuk sampai ke Kota Bharu. Raya dengan Waze KB adalah yang terbaik . Kerana banyak jugak menjimatkan masa dan mengurangkan lost time ketika perjalanan.

Sampai sahaja di KB first thing check in Homestay di Pelangi Mall , Kota Bhari. Kondominum medium range dengan harga RM250 semalam . Kami check in selama 7 hari. Selesai mengangkut barang rehat seketika dan terus keluar untuk membeli juadah berbuka . Tapi before sampa ke Pasar Ramadhan stadium sempat singgah gerai yang jual kuih muih Kelantan. Tak berapa tahu nama tapi 



Seperti gambar yang purple tue ulat bulu, belakang tue sira pisang , akok , jala emas yang warna kuning. 


Ini antara juadah berbuka puasa Nasi Kerabu Golok . Nasi kerabu warna biru nie turut sinonim dengan nama  Nasi Kerabu Hitam. Lauk daging bakar, solok lada telur jeruk a.k.a telur masin , serunding kelapa total only RM5.50. Kat KL x payah cerits sure dah kena RM8++.
Next day adalah hari terakhir untuk Ramdhn 1436H.untuk hari ini projek hunting for songket a.k. Smpin for the boys.Destinasi seterusnya adalah ke Wisma Songket Che Biddah Che Yin. Tempat ini warisan our family for zaman berzaman.Dari nenek , moyang semua beli songket di sini. 



Corak-corak di atas ini berharga lingkungan RM 7K hingga ke RM15K . Apa yang membezakan kain songket India ( yang selalu beli di JAKEL dengan yang ini adalah tenunan dan benang . Tenunan dan benang asli lebih kukuh even dipakai berkali-kali tak kembang macam skirt bila dibandingkan dengan songket India. Corak sama benang tak sama. Hanya jauhari yang mengenal manikam. 
The boys get tjeir sampin and the ladies dapa Kaftan pendek Sutera Crepe.


Ini kain tenun . Sesuai buat baju atau sampin . Buat baju pun comei. 


Ok yang nie songket lagi . Sampin pink sangat cantik kalau kurus boleh beli buat skirt.Ada pelagai range harga untuk songket di sini. Dari semurah-murah sampai semahal-mahal . Corak pun pelbgai dari corak classic istana hinggalah ke corak moden kontemporari. Tapi songkat warisan zaman berzaman . Evergreen gitu . Sampai ke anak cucu pun boleh jadi pewaris . Makin lama makin cantik . 




This is my next project. Kain songket tenun untuk dijadikan kurung atau kebaya. Paling cantik kebaya Pahang ketat di atas kembang dibawah. Harga sekitar RM500 ke RM5K . Dah pasti yang RM5K paling menarik hati. Ini pun tahan lama dan evergreen . 


Dah  malam time untuk berbuka puasa. Suasana Bandar Kota Bharu , Kelantan sebelum masuk waktu Maghrib.

Comments

Unknown said…
Hany pun beraya di kelate fiza,tp raya ke3 dah seterusnya lah. Hehe adik ipar nikah. Eh husband fiza org mana? Kelate kt mana?

Hany dh update testi psl gojes.

Popular Posts