Gunung Berapi Kintamani , Bali Indonesia


Seterusnya , pengalaman ke Gunung Berapi Kintamani . OK perjalanan dari Bandar Bali ke sini mengambil masa 2 jam . Perjalanan biasa iaitu jalan raya berbukit bukan jalan highway.Jalan sempit berlengkok lengkok.Macam biasa Cik. El duduk depan , saya berdua Mak Dara dan berdua anak dara di belakang. ambil port layan permandangan next thing we know dah sampai ke destinasi. Tapi untuk ke Kintamani ini sampai satu level dah start sejuk mendaki gunung . Sangat best time nie sejuk jer... 

Dah sampi almost ke hujung jalan kami berhenti di Restoran Halal Batur Sari. Makanan buffet kat sini dalam Rp150K. Selection makanan not bad. Tapi ingat dalam kepala food just peneman tujuan ke sini nak tengok gunung berapi Batur. Pesanan mushola yang dia cakap nie tak sama macam kat Malasysia kerana dekat malaysia suarau diasingkan lelaki dan perempuan tetapi separuh jer sampai pinggang. So tak macam kat Malaysia boleh bogel jer kepala and ambil wuduk. Kena tetap dalam hijab ketika berwuduk hinggan lah selesai solat .



Ini anak dara tengah ambil feel menunggu putera idaman . 


Pandangan dari sebelah sisi restoran kami makan


Ini lah Gunung Berapi Batur. Satu lagi pesanan . Untuk penampakan gunung ini adalah satu jenis tuah namanya . Sebab kalau datang awal sangat keadaan berkabus dan tak nampak gunung. Kami bernasib baik sebab setelah 15 minit makan dalam susana sejuk kami nampak kabus bergerak dari depan gunung. Tapi tak lama dalam 30 minit tak lama selepas tue kabus datang balik. 


Ini ahli rombongan tanpa Cik El. Sebab dia yang ambil gambar. 2 Mak Dara , 2 anak dara .Cepat sampai feel la makan depan nie mengadap Gunung


Ok.. ini semua orang sibuk ambil makanan. Susana yang cukup hening.


Nampak tak kawasan bewarna hitam. Itu adalah kawasan yang terbakar dek lava gunung berapi yang panas. Hingga kini kawasan hitam tue masih tersan haa panas nya .


Makanan buffet Sate Lilit dan Sate Ayam


Ini Tempura Indonesia . Terung celup tepung , keledek ,cendawan dan Kimchi (yang hijau macam kat Cameron )


Pisang 


Limau Manis Bali ( sedap kot makan tak habis )


Makanan


Must go place , Mount Batur Adventure. Don't miss this place.

Comments

Popular Posts