Candi Kuning Fruits and Vegetable Market,Bali Indonesia
Dah lama nya entry nie terperap dalam draft. Ok pengembaraan ke Bali bersambung. Lepas makan tengah hari yang kitaorg rasa awal . Sebab pagi dah melantak makan breakfasy se heavy nya . Tak sampai 2 jam nah .. makan tengah hari pulak jam 11.30 pagi waktu Bali. Layankan ajer. Sebab nak kan view makan depan Kintamani katanya .
Pak Supir bawak kami ke Candi Kuning Fruits and Vegetable Market .Ini saya yang letak dalam itenary sebab haruslah seorang yang suka memasak singgah market nak tengok market negara orang.
Secara umumnya market ini seperti market kampung biasa tapi barangan yang di jual jauh lebih urah berbanding market lain. ada keunikan tersendiri kat sini.
Ini adalah ketupat pulut dalam nya ada inti kelapa , ada inti kacang dan ada inti gula. Sangat manis berlemak.
Buah-buahan yang berwarna warni. Kalau tak ingat lagi 3 hari nak balik KL dah lama angkut berkilo2 strawberry kat sini balik buat homemade prserve untuk Victoria Sandwich Cake. Ada bua Avocado( Alpukat ) dan buah Cinta . yang merang lonjong .
Sayur-sayuran yang segar and ranggup OK .Nampak la kesegaran nya .
Tomato Cherry
Fresh Bean Vanilaa gumuk-gumuk . Murah juga. Setangkai dalam RM1 /pod . Haaa.. tapi bila bawak balik dahlama and sayang nak guna berkulat la pulak. Kena cari method nak preserve vanilla bean .
Ini pelbagai teh dari sana. Teh bunga raya , teh vanila , green tea.
Overall , OK boleh singgah atau boleh skip .
Comments