Butter vs Susu Lepa /Buttercup



Semalam kita bercerita tentang vanilla dalam entry bread butter pudding. Just nak share experience as baker. Setiap ingredient menentukan rasa bagi setiap biji kek atau kuih yang kita buat . Salah tafsir kegunaan bahan akan membuatkan kek x naik bantat dan sebagainya . 


Apa sebenarnya Butter / Mentega : 

"mentega adalah produk lemak yang diperbuat daripada susu asli. Kebanyakannya diperbuat daripada susu lembu untuk tujuan komersial.

Ia akan melalui proses bagi memisahkan cecair dan lemak susu. Lemak susu itu yang dijadikan pepejal akan dibungkus dan dijual di pasaran dan dikenali sebagai mentega.
Terdapat dua jenis mentega iaitu mentega asli dan mentega susu lepa. Antara jenama mentega asli yang popular yang boleh anda beli adalah seperti Golden Churn, Tatura, SCS dan lain-lain serta mentega lepa susu pula adalah Buttercup, Butterlite dan lain-lain.
Mengapakah lemak asli lebih mahal daripada mentega susu lepa? Ini kerana mentega asli mengandungi lebih 80 peratus lemak susu dalam kandungan beratnya berbanding mentega susu lepa yang mengandungi kurang lemak susunya.
Anda pasti pernah melihat pada bungkusan mentega tulen ada perkataan yang ditulis bergaram (salted) dan tidak bergaram (unsalted butter).
Jangan keliru, kerana kedua-duanya boleh sahaja anda gunakan untuk membuat kek ataupun biskut. Jika mentega itu telah ada garam, maka kita tidak perlulah masukkan garam lagi dalam adunan kek kita.
Credit to : Utusan Online


Apa pula Susu Lepa:


Okay, melihat perbezaan harga yang ketara antara Mentega & Marjerin, maka
untuk memberi pilihan kepada pengguna maka Lepa Susu dibuat.  Brand Lepa
Susu yang berada di Malaysia ialah Buttercup, Buttermaid, Farmcows dan
sebagainya.  Anda hanya perlu melihat kandungan dibelakang bungkusan lepa
susu tersebut untuk mengesahkan ia adalah Lepa Susu.Okay, mari kita tengok
apa yang tertulis pada belakang tin Lepa Susu jenama Buttercup - Minyak
Kelapa Sawit, Minyak Isirong Kelapa Sawit, Garam, Lesitin Soya,Lemak Susu
Tulen dll.  Harga lepa susu lebih murah dari mentega tetapi lebih mahal dari
Marjerin.


Para peminat hasil bakeri semestinya mengetahui akan perbezaan rasa hasil
bakeri yang menggunakan pure butter, lepa susu ataupun marjerin.  Selalunya
hasil bakeri yang diperbuat dari marjerin atau lepa susu tidak mempunyai
rasa yang begitu mendalam seperti mentega dan ia juga memberi struktur kek
yang berlainan dari segi kelembapan dan kepadatan..  Bagaimanapun, ia
terpulang kepada kegemaran individu itu sendiri
www.keklapis.com

Ok ... dah faham di situ apa perbezaan Butter dan Buttercup .


Apa yang saya cuba sampaikan kat sini great ingredient will have great outcome.


Cuma saya harap jangan yang ada kat luar sana guna buttercup tapi claim as butter and overcharge the price of cake. Kena la bertanggung jawab. 


So before beli check dulu samaada ianya butter atau pun spread.Nak guna yang mana satu . Tepuk dada tanya selera. 

Comments

Rohani Hashim said…
Tq tq ta...haha hany ni bukan nya jeni cake bakers punya type. Slalu cake pn beli di sr ke gitu lah. Tp bagus jugak tahu psl ni,kotla nanti kan nk tempah kan.

Tp ada fren hany kt fb,cake dia agak pricey la. Rupanya dia mmg guna bahan2 yg mewah la. Sbb tu harga mahal kot.and customer ramai sgt dia ni,slalu je ada tempahan...
Fiza Amran said…
Hi Hani ..

Lama tak chitchat kat sini.. yuppp btg2 yg mahal akan menentukan harga kek.. tapi kalau nak mkn sendiri buat la guna butter yang asli sedappppppppppppppp

Popular Posts