Books That i Read !


Salam Sayang , 

Lama tak update blog. Heeee.. berperang dengan macam-macam. Anyway .... Sekarang antara buku yang saya baca. Mostly , pasal cake , cupcakes and some buku yang berkaitan dengan kewangan... 

Cupcakes From the Primrose Bakery 


Buku ini memberikan tips dan kaedah untuk buat cupcakes. Resepi yang ada terdiri daripada resepi asas membuat cupcakes .Ada juga resepi yang berasaskan coklat , kekacang dan juga buah buahan. Serta teknik untuk menghias cupcake.Secara jujurnya resepi yang ada boleh digunakan sebagai panduan. As for beginner this book is NO-NO . Sebabnya hasil tak sama seperti yang digambarkan. Untuk beginner saya cadangkan Google "Joy of Baking " kerana ianya trusted dan telah di uji. Cuma ikut arahan dalam resepi . Pasti berjaya.Tapi buku ini sangat menarik .Mungkin bukan nasib saya mencuba kebanyakkan resepi dalam buku ini dan berjaya. 
Inginkan cupcakes yang menarik dan sedap? Cuba klik  Bloom Bakes sambil melihat apa yang berkenan.


Personal Money Magazine


Personal Money adalah sambungan majalah daripada terbitan surat khabar korporat The Edge. Apa yang menarik perhatian saya kali untuk membeli majalah ini adalah dilampirkan beberapa artikel berkenaan  plan persaraan , akaun bersama untuk pembelian hartanah ( fokus untuk suami dan isteri ) dan juga pelaburan yang memberikan keuntungan. Sangat menarik.. Kepada sesiapa yang berumur 30 an dan keatas ini adalah masa yang terbaik untuk anda merancang hari tua anda. Percayalah .. saya lambat sedar tentang perkara sebegini. Agak ketinggalan dan kerugian .But people learn from mistakes and mistakes teach me how to be wiser with your own money. 
p/s : sedikit tips.. Gaji bulanan.. Bayar diri anda sebelum anda bayar orang lain. ( inginkan kupasan yang lebih mendalam tinggalkan komen di ruangan komen) . Entry untuk ini pasti akan saya susuli.

Squires Kitchen Bake School 


Ini juga adalah majalah favorite saya sekarang. Saya dapatkan di ICCA , Kota Damansara semasa membeli barang keperluan untuk cupcakes saya. Daripada United Kingdom .Majalah ini menceritakan pengalama dan tips daripada baker's yang berjaya di UK. Setiap tips dan juga kaedah yang di tunjuk ajar dalam majalah ini memberikan perspektif yang baru untuk saya yang baru setahun jagung menceburi bidang kek , seni menghias kek.Berbaloi dengan wang .

Think out of box and be creative for the unique presentation

Comments

Popular Posts