Something Sweet and Sour To Share
"When life give you lemon. Make Lemonade"
Well said .. hidup tak kan pernah putus dari macam-macam halangan dan ujian. Ada kala ujian yang mendebarkan jiwa dan kadangkala ujian yang menyebabkan air mata mengalir bagaikan air hujan di musim tengkujuh. Sebagai manusia kita harus ingat ujian Allah S.W.T itu diberi pada yang mampu untuk menerima dan melaluinya.
Tidak kerna seseorang itu berharta dan kaya maka di bahagia. Yang tidak punya harta mahupun sedikit kesenangan punya cara tersendiri untuk membahagiakan diri. Tidak kerna juga seseorang itu mempunyai pasangan hidup bermakna dia 100% bahagia. Kadang-kadang seseorang itu sudah ketentuan NYA lebih baik membujang kerana perkahwinan itu memudaratkan .Sangat subjektif bila bercakap berkenaan jodoh dan rezeki Allah S.W.T . Sedarkah kita ANAK , JODOH & REZEKI itu rahsia Allah S.W.T . DIA yang lebih mengetahui apa bila , dimana yang lebih sesuai.
Hidup ini singkat , maka tak perlu untuk meratap bersedih terlalu lama. Sekadar melepaskan kusam dan bungkam di dada maka bersedih lah.. menangislah.. Kerana kita juga lupa kadang kala apa jua berlaku seperit mana ujian sedalam mana kesedihan hidup ini masih perlu di teruskan.Ada kerja yang menjadi tanggungjawab , ada tanggungjawab lagi sebgaai seorang anak kepada ibu bapa. Masih ada orang lain yang memerlukan kita. Usah jadikan setiap yang masam terus masam menjadi cuka. Jadikan ianya sesuatu yang manis untuk dikenang.
Tanpa sedar ujian dan dugaan ini membina dan membentuk kita menjadi seorang insan yang sempurna dan berjaya.
Salam Sayang
Comments