Selamat Hari Raya dari Live Life Enjoy
Salam Ramadhan dan Syawal ,
Dua tiga hari sebelum raya nie memang la havoc. Kelam kabut kat office siapkan apa kerja yang patut. Nampaknya rakan sekerja banyak dah bercuti. Well... Saya tak bercuti kali ini.
Alhamdulillah , tahun ini adalah tahun pertama saya ber Hari Raya bersama En Suami. Syukur alhamdulillah Allah bagi pleuang dan kesempatan ini. Preparation raya kali ini biasa dan simple sahaja. Kerana saya hanya perlu memikirkan baju raya saya dan suami serta sedikit kuih raya yang akan di bawa pulang balik ke Penang. Giliran ber hari raya??Syukur juga saya diberi peluang untuk berhari raya di Penang utk tahun pertama. Itu pun selepas kuasa veto iaitu FIL saya suruh balik ke Penang dulu.
Preparation saya :
Baju - Dah beli kain tema kami kali ini adalah hiijau army .Malam nie baru nak amik baju melayu suami di Kg. Baru. Baju saya??? Huhuhuhuh petang nie baru tailor potong kain.. Adeiii apa kes nie... Tak per saya dah pernah lalui perasaan begini masa nak kahwin dulu until last minute baru dpt baju so chill babeh.
Kuih raya - Kuih raya saya dah tempah lebih kurang 6 jenis . Itu yang saya ingat. Bila sampai dekat nak raya nie tahu- tahu jer ada lagi extra kuih raya sampai ke meja dan mejadi kan kuih raya saya beranak pinak.. Hahaha dari budget RM 200 dah terlebih2 la pulak.. Apa nak buat redha jer la
Duit Raya - As agreed ngan En Suami saya dah tukar duit raya minggu pertama hari raya.
Kereta - Saya dah service sebulan awal dan kondisinya masih bagus. Tinggal nak cuci dan touch up apa yang patut.
Tahun ini saya tak amik cuti raya disebabkan kami akan ada a short getaway after raya.So En suami ku pulak x banyak cuti maka kami berkorban cuti untuk this short trip.
Di kesempatan ini saya Fiza Amran memohon ampun dan maaf sekiranya segala penulisan di alam maya ini membuatkan hati sesiapa terguris atau berkecil hati . Sesunguhnya saya hanya insan biasa kadang kala tak peka dengan perasaan orang lain.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Daripada : Fiza Amran & Suami
Comments