Bersyukur lah sayang...

Dear Kesayangan,

Updates on my check up :

Alhamdulillah .. Hari nie saya berjumpa dengan pakar respiratory Dr. Ashoka Menon. Setelah melalui proses  pemeriksaan secara menyeluruh doktor dah komfirm kan yang saya tiada asthma. Hanyalah wheezing dan diberikan beberapa jenis ubat termasuk ubat batuk, selsema dan juga ubat untuk melegakan pernafasan.Doakan saya cepat baik batuk. Serius this batuk is killing me softly..


Bila tajuk entry ini seperti di atas iaitu tentang bersyukur .. Memang saya kekadang tak tahu bersyukur * marah pada diri sendiri*. Terlalu emosi sampai lupa tentang qada dan qadar yang Allah dah tentukan.Baru-baru ini seperti biasa setiap bulan July pasti akan ada increment dalam gaji . Nasib tak menyebelahi diri saya kali ini. Jangan katakan increment adjustment pun saya tak dapat seperti orang lain. Perasaan masa tue ??? Sedih , kecewa , bengang dan rasa tidak adil. But i'm a fighter sebelum saya redha tentang apa yang telah diberikan saya pergi berjumpa bos yang tertetntu untuk mendapatkan penjelasan kenapa saya di nilai sebegitu rupa.Kalau nak bercakap pasal keadilan.... Memang dunia nie mana adil.. takkan pernah adil. Berita "gembira" tue pulak saya dapat pada hari lahir saya . The best birthday present yang saya pernah dapat. Bila call HR seribu jenis alasan dan jawapan. Well...i've done what should be done. That's it.The rest now saya berserah pada NYA.. Jika benar saya dianiaya maka biarlah DIA yang membalasnya jika memang itu rezeki saya saya redha. pasti ada yang terbaik untuk saya selepas ini.

Allah maha berkuasa selepas beberapa hari dari hari kejadian saya berjumpa dengan junior saya yang dah lama saya tak jumpa. Mendengar cerita beliau membuatkan saya sangat sebak.. sedih dan saya insaf...Saya terus updated status saya di FB ketika itu. Alhamdulillah respons yang baik .Masih ada yang prihatin ..


Kesian kan... saya rasa paling teruk dan sedih tapi sekurang nya saya ada kerja tetap. Even saya tak dapat apa yang saya nak kali nie alhamdulilah saya bersyukur kerana masih ada income untuk hidup selesa.Saya dikurniakan seorang suami untuk saya berkongsi tentang perasaan suka dan duka. 
Sujud syukur pada NYA ... kerana mengiznkan saya untuk menikmati apa yang saya ada sekarang ini.


Terpandang kan gambar kat atas dlm FB .Thanks to owner izinkan saya pinjam sekejap yer.
Picture describes thousands word.Dengan ilustrasi kat atas saya pasti my beloved readers faham apa yang cuba disampaikan. 
Yes, Bersangka baik dengan Allah sesungguhnya dia ada perancangan yang terbaik untuk kita.
Mungkin kali nie saya tak dapat apa yang saya nak .Yang pasti Allah lebih mengetahui yang saya akan dapat perkara yang lebih baik lepas nie.

Ok kesayangan, Always think positif. Jangan bersedih sayang.....


Comments

Hanys Jehari said…
Samaah kita. Tak sedar n terlupa nikmat yg Allah sembunyikan..
Fiza Amran said…
betul... saya sangat setuju...

Popular Posts