Sudahkah anda ganti puasa???
Salam sayang ,
Puasa dah tak berapa hari lagi. Hari nie tengok anak bulan. Insyallah kalau tiada aral hari Sabtu kita akan mula berpuasa. Hari Jumaat malam kita akan mula bertarawikh. Yeeaaaaa............. happy ramadhan datang lagi.Tengah hari semalam dengar ceramah daripada Ustaz yang jadi penceramah dekat radio IKIM. Maaf saya lupa nama dia. Bukan tak ambil tahu just masa dia intr nama laju sangat.
Ok before saya meneruskan nak tanya pada rakan wanita saya diluar :

Anda dah Ganti Puasa?
Ingatan untuk diri saya juga. alhamdulillah saya dah habis ganti puasa dlm bulan syawal lagi.Lebih mudah dan dapat control diri sendiri makan banyak-banyak. Sebabnya saya dan suami Alhamdulilah tak putus-putus open house yang bakal dihadiri. Maka pemakanan kena jaga.
Lumrah manusia kadang-kadang ada pelbagai ujian dan dugaan ketika berpuasa kebiasaannya uzur a.k.a period. Yang saja tinggal puasa pun ada jugak.Bila dan banyak sangat tak terganti . Ada juga yang datang period luar biasa yang lebih panjang harinya. Tak baik oooooo haaa.. fikir bukan2 sebab org tue tinggal puasa lama-lama.
Tapi islam itu mudah kalau tak sempat puasa atau susah nak puasa bersebab yer bukan buat-buat ada sebab.Boleh gantikan puasa dengan fidyah. Definisi fidyah :
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Di petik daripada page Lembaga Zakat SelangorHukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Pada saudari yang belum sempat ganti puasa tahun ini atau tahun sebelum nya.Bersama dengan ini ada beberapa kalkulator yang telah di buat khas untuk memudahkan kita membayar fidyah:
Kalau ada masa yang lepas dah terlepas nak ganti sila la bayar fidyah kerana hukumnya wajib .
Take Care
Comments