Do Not Expect something in return.....
Salam Kecintaan untuk semua ,
Masih di pejabat setia menanti suami menjemput pulang. Takkala ini blog dan internet akses menjadi pilihan.Tak sampai 2 minggu majlis bertandang di sebelah lelaki akan diadakan. Agak kelam kabut juga persiapan dengan limited time dan limited cash. Semuanya perlu di selesaikan dan disempurnakan. Nampaknya kali ini ada berberapa halangan dalam penyediaan persiapan kali ini. Apa nak buat mungkin ini bahagian masing2. Syahdu melihat sang suami bertungkus lumus menyiapkan segalanya. Bila sesuatu yang diharapkan tapi last minit tak boleh di harapkan. Saya sebagai isteri turut merasa bahang nya .... Tapi apa kan daya kadang2 apa yang kita bantu kita tak semestinya mengharap kan benda yang sama. Well that is life.
When you help people expect nothing in return from them. Its a joy of giving . If you want to be happy is only one way to give .. "expect nothing back " - Dipetik dari FB seorang rakan.
Somehow i think it is true. If not hati gundah gulana dan hilang ceria. Ada hikmah nya kita membantu orang lain. Pada masa yang lain pasti akan ada bantuan yang tiba tanpa kita ketahui siapa. Sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT kerana dia mengaturkan yang terbaik buat kita.
Kadang-kadang jawapan seseorang pada kita amatlah tidak disangka-sangka. Bila kena batang hidung sendiri lihat lah pada sudut berbeza mungkin dah tiba masanya DIA nak memberitahu kita sesuatu . Berbaik-baik dengan orang jangan sampai diambil kesempatan. Pertolongan yang kita beri tidak seharusnya di ungkit-ungkit dan disebut2 sekadar ingatan untuk diri sendiri.
Dan untuk kami suami isteri Allah hanya menguji sejauh mana keutuhan dan cinta sakti kami. Sejauh mana kami dapat bertahan dalam keadaan seperti sekarang kerana dah pasti masa mendatang lebih banyak lagi dugaan dan ujian. Walau kami suami isteri jauh di sudut hati terasa berkecil hati dengan apa yang berlaku mungkin kami pasti ada hikmah disebalik nya ini. Majlis pasti diteruskan . Jemputan pasti ramai meraikan.Hidup tetap diteruskan. Insyallah kami sangat memandang jauh kehadapan pasti pertolongan Allah SWT ada untuk kami menguruskan semua ini. Allah SWT telah merencanakan sesuatu mungkin yang kami tidak jangka.
Maka kami akan terus berdoa dan bertawakal agar segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan jalan NYA.
"xper...rezki ko allah turunkan kat lain...
insaallah ada pertolongan allah hantar nanti... klw tidak dr org yg
kita harapkan, tentu ada pertolongan dr yg xdisangka2.
kekal positive kay...ceria gituuu...biar maintain berseri wajah
pengantin baruuuu :)" - greenlaici
Ketika ini memang saya merasa sangat syahdu... sebening hati di dalam. Yup setuju pasti ada pertolongan yang Allah SWT hantar nanti.Insyallah .
Doakan majlis sambut menantu kami berjalan dengan lancar.
~AMIN~
Comments
dari bujang..la ni dah pon selamat menjadi seorg isteri.Alhamdulilah semuanya dah selamat.
Walaupon dah trlambat,k.atie nk gak ucapakn SELAMAT PENGANTIN BARU.
Semoga bahgia hingga ke akhir hayat.
Aminnnnnnnnnnnnnn
K atie : Terima kasih banyak2 k atie kerana sudi mendokan adik akak ni .serta masih sudi mengunjungi blog nie.