Inai Henna di Tesco Sungai Petani , Bakar Arang.
Salam Kecintaan ,
Terima kasih sayang pada semua yang sudi membaca blog ku yang tak seberapa nie. Anyway..saya masih belum ada kesempatan untuk updated blog dengan sesungguh hati. Kerja lepas kahwin makin banyak sebabnya sebelum kahwin banyak hanky panky nak buat keje dengan kerja urusan kahwin.
Heheheh peace boss... apa nak buat kan i kan long distance nya event manager.
OK this time nak reveal pasal i punya henna a.k.a inai. Inai sebenarnya tiada dalam kepala spesifik nya untuk amik siapa lukiskan.Asalnya nak panggil pelukis inai utk india nya mak andam . ayoyo mahal jugak RM250 paling simple. Memandangkan benda2 nie last minute maka saya dah tak terfikir tang budget fikir nak murah jer sayang oiii... So setelah berhempas pulas bertungkus lumus berdiskus dengan mak andam saya pasal baju and make up. Saya terus tanya mak andam saya mana best nak buat inai dan murah. Terus dia rekomen
" Cuba u pi kat Tesco Sg . Petani .. Sebelah kedai i nie. Murah RM40 kaki dan tangan plus dia pulak OKU "
Ok dengan berbekalkan nasihat mak andam i. Terus i terjah.Apa pun niat i nak tolong OKU. At least dia ada usaha sendiri nak berdikari . Tapi walau pun dia seorang OKU hasil kerja nya sangat puas hati dan teliti. Maaf saya lupa nama dia. Maklumlah dah lama nak buat entry nie asyik tertangguh jer.Tapi dia ada blog. Insyalah kalau ada kesempatan nanti saya cuba updatedkan contact no dia kat sini.
Nak cari booth dia senang jer. Masuk ke Tesco Sungai Petani , Bakar Arang cari RHB Easy . Kat depan betul butik baju sebelah dia ada orang jual kek dan tart.
Tak pun tanya jer orang kat situ sure kenal punya. Jangan risau.
Harga sebenarnya berdasarkan design yang ada. Kalau nak design lain boleh bagi contoh dan dia akan beritahu sama ada design tue dia boleh buat atau tak. Lebih rumit lebih harga. As for my inai saya Google sahaja dari internet dan tunjuk pada dia dan maka jadilah inai ku.
Kat atas nie gambar inai kedua-dua belah kaki. Masa datang pakai selipar masa balik kaki ayam ok. Bukan senang nak jalan dalam pasaraya berkaki ayam.
Inai di kaki dari jarak close up. Lupa jugak nak cakap inai kat kuku dan jari tue di charge dengan harga RM1 satu jari. So ada 20 jari kaki dan tangan maka total harga ialah RM 20 utk jari sahaja.
Ini adalah close up tangan saya .
Kekusyukan beliau ber karya di tangan saya.
Total damage : RM 80
Masih under budget . Happy sangat bila dia puji saya dah cousin saya pandai pilih design . Design yang cantik. Kembang ok..Happy jugak bila lepas kami balik berpusu-pusu orang lain datang buat inai dekat dia.Alhamdulillah kami berjaya buka rezeki dia dengan lebih banyak...
Comments