Apa Syampu Pilihan ???

Salam Sayang ,

Hari nie saya dah start balik puasa Rejab. Weee… Alhamdulillah dah sampai petang masih mampu bertahan .. Hooorayyyy….Hari Isnin seperti hari yang lain .. Monday Blues..Cuma kurangnya sikit hari ini cuti sekolah . Maka keluar rumah 7 pagi sampai office pukul 7.30 pagi… Sesak memang sesak .
Ok sejak berkahwin saya rasa dah bertukar 4 jenis syampu..Selama itu jugalah suami saya pun bertukar syampu macam saya. Sebab dia tak kisah pun. Apa
 yang ada itulah yang dia guna.  Believe it or not .. Hahahahha .. Kronologinya adalah seperti berikut .




Syampu Pertama – Sunsilk ( Warna Hijau )
Saya sangat selesa dengan syampu ini hinggakan beberapa kali beli botol besar. Bila guna syampu nie rambut saya lembut kulit kepala boleh bertahan hingga 2 hari untuk rasa kegatalan. Kulit kepala agak berminyak. Tapi selepas guna syampu nie semuanya back to normal. Apa yang menyebabkan saya nak tukar syampu kulit kepala berminyak. Tetapi masih dalam kawalan. In control kata orang putih.
Saya selang selikan syampu ini dengan Selsun Blue (anti –Dandruff) kepala botol warna hijau.Supaya flaky tiada. Kemudian saya bertukar kepada yang lebih baik la kononnya.

Syampu kedua – Bioglo (Scalp Treatment)
Kali ini saya cuba pula Bioglo Ceramide Scalp Treatment. Siapa pengguna Cosway tegar sure tahu syampu nie. Syampu nie membuatkan rambut saya cantik dan berkilat uollssss.. Tapi bemula lah sejarah hitam saya dengan syampu .. Kulit kepala saya bukan sahaja berminyak tapi siap keluar kelelumur yang berkeping-keping gitu.Sangat memalukan sampai kuar atas rambut . Sekali sikat keluar mcam snow. Snow rambut saya . Kalau snow betul ok. Ini snow yang menggelikan. Oh no…Saya pergi buat rawatan rambut dan rebonding masa dekat kedai .Styler tue tegur keadaan rambut saya dan suggest guna syampu salon. Time nie gajah ker rimau dia offer pun saya terima asalkan rambut saya kembali normal.

Syampu ketiga – Attiva (from London ) * katanya.. la kan
Menurut styler saya. “ U pakai ini syampu dalam seminggu you dah nampak hasilnya jagan risau “ Ala marketing strategy kan. Yang I pulak memang senang terpedaya hahahahahahah. Beli la sebotol nak try baru guna sekali . Cancel jammed bau sangat tidak menyelerakan. Humangaihhh bau herba bagai . Dah la mamat tue claim syampu nie bagus gila la konon sebab saloon syampu kan… Yolah tue.En Elli tak bagi saya guna syampu nan satu nie sebab bukan makin ok malah makin menjadi2 dandruff ku. Stok mcm kulit kering dah jatuh bertebaran di bantal dan katil.
Syampu keempat  - Selsun Medicated ( Warna kuning )





Akhirnya ..Saya melawat  Farmasi Caring setelah berjaya menemuramah pharmacist kat situ dia suggest kan saya syampu nie. Kena pakai 5 hari berturut-turut. Bau tak yah cakap memang bau ubat .Tekstur dia mcm calamine cream warna pun serupa itu macam.2 hari berturut –turut pakai. Alahmdulillah sampai sekarang perkembangan sangat posistif dh xde dah snow turun bila sikat rambut.

Moral of the story dari cerita ini.

“ Walaupun sesuatu benda itu dah lama dan buat kita jemu maka kita lari mencari yang baru. Tapi sebenarnya yang baru tak semestinya baik seperti yang lama. Walaupun yang lama ada kelemahan terima lah seadanya kerana itulah yang terbaik buat kita sebenar-sebenarnya”

Comments

Popular Posts