Kari Kepala Ikan


Salam Sayang ,

First week saya di rumah MIL. Resepi pertama saya ialah . KARI KEPALA IKAN.PErgghhh i tell you terkejut bapak mertua i ok  tengok periuk besar kepala ikan.Tak tipu punya kepala ikan berukuran 20cm diameter. Kiri kanan pipi .. Haaaa.. bayangkan la tak kan nak pakai se coet comel jer periuk nya. Tapi rasanya memang mantap ( perasan sensorang plak) sebabnya kari nya bau sampai ke tangan basuh 2 kali dengan handwash pun tak hilang.

Tips untuk masak kari kepala ikan .

  • tumis bawang sampai separuh garing
  • bawang tumbuk hancur di campur dengan rempah kari -jadikan pes
  • Halba campur + daun kari
  • Pastikan rempah pecah minyak.

Resepi kari kepala ikan saya  seperti dibawah ( ini untuk saiz XL )

Bahan-bahan:

1 ekor kepala ikan jenahak 
300 gm rempah kari ikan Baba's
3 biji bawang besar , 8 ulas bawang putih - dihiris halus
2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih - ditumbuk 
4 urat daun kari
2 sudu makan halba campur
1 cawan air asam jawa pekat
8 batang bendi
3 biji tomato
Minyak untuk menumis
Garam



Kaedah :

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih , bawang merah , halba campur dan daun kari.
  2. Bila dah garing masukkan rempah kari yang telah di campurkan dengan bawang tumbuk, asam jawa dan air serta gram.Masak sampai garing dan pecah minyak.
  3. Bila rempah dah pecah minyak masukkan kepala ikan dan masak sehingga masak. Kurangkan masa mengacau dengan senduk untuk mengelakkan kepala ikan hancur
  4. Masukkan bendi dan tomato. Sedia untuk dihidangkan.


Kepala ikan jenahak sedang di bersihkan.


Tumbuk  bawang putih dan merah sehingga hancur dan lumat

Bahan-bahan rampai tomato dan bendi. Serta bahan untuk menumis

Kepala ikan ready untuk di masak





Campurkan bawang tumbuk dengan rempah kari


Tumisan rempah

Siap untuk di hidangkan. 

Maaf kualiti gambar kurang menarik sebab dah makan baru ingat nak snap piccas.

Enjoy...

Comments

Unknown said…
Orang utara kena pandai masak kari kepala ikan..tapi Q tak reti..hahahah FIza, nak tanya, macam mana nak buh kotak twitter tu?Q buh tapi tak function pun..huhuuh
nuhaz said…
wahh..sedapnyee..kne try ni..

Popular Posts