DIY Mirror Solemnization Table
Salam Peeps ,
HeHEHEHE semalam teaser ..Lama kan saya amik masa nak buat entry . Maafkan lah saya .. mood blogging baru nak datang.. Sebenarnya meja nie saya guna masa akad nikah, Gambar official xde . Tapi kalau tengok entry gambar nikah saya kalau perasan ada meja nie. At first meja nie hampir tak digunakan sebabnya semua amik letak kat tepi. Weihhhhhh ini tidak adil bagi ku ( sambil nyanyi lagu Yuna) .Biasa la Fiza dengan gelabah yang x tentu arah nya. Masa tengah syok landing atas bantal nikah saya cepat2 pusing kiri cuit Mem a.k.a mama saya.
" Mama suruh depa guna meja tue "
Sepantas kilat itu jugak la mem bangun dan mengarahkan pengapit lelaki ubah meja untuk digunakan Sebab saya guna meja tue adalah .
Yang Pertama : Sebab suami saya sizenya comel. Ini untuk memudahkan suamiku untuk menurunkan tandatangan selepas selesai majlis. Plus nampak la exclusive nya majlis tue dengan meja cermin yang tak seberapa.
Yang Kedua : Sebagai kelainan dan memeriahkan majlis.
Penat ok memerah idea untuk buat kotak bercermin saya nie. Mulanya saya nak buat sendiri. Tapi mem tak bagi sebabnya takut anak dara nya terluka heheheh sebab nak deal with cermin kan. Saya dapat idea nie daripa Miss Yuyu. Saya nak sewa daripada dia sebenarnya. Tapi since benda tue sangat fragile dan dia sewakan hanya untuk B2B Klang Valley sahaja maka saya kena menggunakan idea sendiri untuk buat benda yang hampir sama.Jom lihat bahan-bahan nya :
Saya gunakan
- Cermin Ikea 8 pcs -RM50 ( RM25/4pcs)
- Adhsive (Glue untuk lekatkan kayu , glass dan batu ) - RM 10
- 1 kotak kayu.- Free
- Glass Cutter -boleh beli dekat kedai hardware
Bahan -bahan yang telah sedia.
Pandangan dekat cermin ikea LOTS size 30cm x 30cm / 12 inci x 12 inci
Ini adhsive yang saya cakap kan .Kena guna pakai gun yer
Ok dah siap... meja dari pandangan atas
Meja dari pandangan tepi.
Kalau anda seorang yang berseni meja nie hanya ambil masa lebih kurang 1 jam untuk siap. Lepas dah siap jangan lupa cuci dengan air campur cuka dengan menggunakan surat khabar.
Enjoy. Semoga meja nie dapat memberi inspirasi .
Total Damage: RM 60.
Comments