Persepsi Masyarakat tentang tinggal bersama mertua
Salam Sayang ,
Dah lama tak menulis terasa kekok nak menulis semula.Maaf saya belum sempat review majlis perkahwinan saya. Insyallah beri saya sedikit masa untuk selesaikan semua nya. Kali ini saya nak mencoretkan tentang persepsi maysrakat bila tinggal bersama mertua.Ada yang positif tapi banyak yang berfikiran negatif. Terpulang atas diri masing-masing nak menilai.
Mungkin saya masih baru berumah tangga inai masih merah di jari. Tak faham apa2 lagi berkenaan hidup berumah tangga nie. Saya di takdirkan untuk tingal bersama mertua saya selepas berkahwin. Untuk kali pertama untuk menerima hakikat itu terus terang saya half hearted untuk menerimanya.Macam-macam yang bermain dalam fikiran saya. Boleh kah aku survive? Macam mana nak melayan mertua dan ipar duai nanti?Yang pasti setelah lama berfikir saya terima keputusan itu dengan hati yang redha ada optimistik. Pasti ada hikmah di sebalik ketentuan ini.Kerana setiap yang berlaku adalah perkara yang terbaik dalam hidup kita samada secara negatif atau positif.
No turning back... Saya terima takdir itu dengan sepenuh hati sekarang. Maka sejak saya dah buat keputusan itu saya dah beritahu pada diri saya. "Everything will be fine". I'm ok ...Pernah dengar "You are what you think ". Berdasarkan itu saya tukar cara saya berfikir. Kehidupan berumah tangga bersama mertua adalah terbaik untuk kami newly wed couple.Saya bayangkan semua yang POSITIF sahaja. Setiap kesilapan atau kesalah jadikan sebagai panduan untk masa depan. Jangan ambil ia sebagai satu perkara yang negatif seterusnya jadilah perkara negatif seperti yang anda tidak suka. Minda kita absorb semua perkara dan tidak tahu memilih yang kita mahu atau tidak mahu.
Ok itu cara saya setkan mind untk tinggal dengan mertua. Tetapi setiap kebaikan yang kita lakukan pasti ada cabaran nya. Mesti ada perkara atau hasutan atau pemikiran negatif yang akan gangu apa yang kita dah set dalam minda. Contohnya seperti :
Dan..... the lists go on... Memang payah dan memang susah kalau nak berhadapan dengan orang yang macam nie.Mereka tidak berada di tempat saya dan mereka tidak tahu apa yang berlaku pada kami . Kerana apa pun terjadi bukan mereka ini yang akan bagi saya makan dan membantu. Orang seperti ini hanya akan terus bercakap dan komen tanpa henti.
Tidak dinafikan memang ada yang mengalami masalah seperti yang saya nyatakan di atas. Tetapi tangani lah dengan bijak . Setiap cabaran pasti adalah solusi dan cara menghindar bukan? Buat lah pilihan yang bijak..
Di sini pernah kah kita berfikir tentang perkara positif dalam kehidupan berumah tangga bersama mertua??? Bukan nya forever pun.. Hanyalah untk sementara sehingga financial kembali stabil setelah berpuluh2 ribu habis untuk majlis (nie pun jap lagiorang ckp gak .. dh tahu x dak duit x yah la nak majlis besar2 berpuluh ribu habis).. Makcik oiiiii... kalau kami buat majlis serba ringkas pun korang still mengata jugak .. Apsal buat majlis kecil2 jer mesti ada apa2... Mesti dah terlanjur and bla bla..Seee kehidupan kita sebenarnya banyak memikirkan apa yang orang kata dari memikirkan kehendak dan kemampuan diri sendiri.Lebih kepada nak memuaskan hati masyarakat.
Apa yang saya fikir bila hidup bersama mertua?

Euwwwww.... ko tinggal dengan mertua? Apa barang beb.. Nasib ko lah sure sakit jiwa nanti
Seronok ker tinggal ngan mertua ?? sambil memberi pandangan paling sinis pada saya. ..
Ko kerja bergaya banyak duit nak duduk dengan mertua??
Ehhh... mertua.. jauh bau bunga dekat bau tahi..
Dan..... the lists go on... Memang payah dan memang susah kalau nak berhadapan dengan orang yang macam nie.Mereka tidak berada di tempat saya dan mereka tidak tahu apa yang berlaku pada kami . Kerana apa pun terjadi bukan mereka ini yang akan bagi saya makan dan membantu. Orang seperti ini hanya akan terus bercakap dan komen tanpa henti.
Tidak dinafikan memang ada yang mengalami masalah seperti yang saya nyatakan di atas. Tetapi tangani lah dengan bijak . Setiap cabaran pasti adalah solusi dan cara menghindar bukan? Buat lah pilihan yang bijak..
Di sini pernah kah kita berfikir tentang perkara positif dalam kehidupan berumah tangga bersama mertua??? Bukan nya forever pun.. Hanyalah untk sementara sehingga financial kembali stabil setelah berpuluh2 ribu habis untuk majlis (nie pun jap lagiorang ckp gak .. dh tahu x dak duit x yah la nak majlis besar2 berpuluh ribu habis).. Makcik oiiiii... kalau kami buat majlis serba ringkas pun korang still mengata jugak .. Apsal buat majlis kecil2 jer mesti ada apa2... Mesti dah terlanjur and bla bla..Seee kehidupan kita sebenarnya banyak memikirkan apa yang orang kata dari memikirkan kehendak dan kemampuan diri sendiri.Lebih kepada nak memuaskan hati masyarakat.
Apa yang saya fikir bila hidup bersama mertua?
- Perbezaan kos untuk hidup selepas kahwin. Selepas kahwin dan tentu nak masuk rumah baru nak beli perabut baru nak siapkan rumah barang keperluan asas TV , mesin basuh , kipas angin, kettle dan sebagainya . Kos permulaan sahaja dah makan berpuluh ribu belum citer nak beli katil , tilam , periuk bagai. Semua nak cekau duit. Dah ler kenduri dah habis beribu ringgit. Lain la kalau korang pekerja kerajaan dapat kuaters. Save banyak ooooo.. Ini saya bekerja dengan swasta. Apa saja la yang nak dapatkan??.Kalau tinggal dengan mertua : Suami hanya perlu sediakan bilik tidur yang sempurna untuk keselesaan isteri serta duit barang dapur untuk ibu /ibu mertua sebagai saguhati untuk memberi kebenaran menumpang di rumah mereka. Sewa bulanan termasuk dalam sumbangan kepada ibu bapa tiap2 bulan. Cuba bandingkan dengan sewa bulanan di Klang Valley yang mencapai ribuan ringgit. Ratusan pun ada.... Kalau bayar RM 800 to RM 900 pada owner rumah sewa. Pada pendapat saya baik saya beli rumah sendiri puas hati dari bayar mahal2 tapi rumah orang lain.Selain itu kita pun akan mendpaat lebih keberkatan sebabmemberikan sumbangan pada ibu bapa.
- Cara mengendalikan rumah tangga: Selama 30 tahun saya hidupdengan cara saya sendiri. Cara makan , minum ,memasak dan sebagainya dengan cara saya sendiri. Bila saya berkahwin saya perlu menyediakan keperluan suami saya. Pakaian , makanan dan sebagainya. Siapa yang lebih mengenali suami saya? Sudah tentu ibunya sendiri. Untuk menambat hati suami saya harus lakukan apa yang kebiasaan ibunya lakukan. Contohnya : Cara buat telur dadar misalannya kalau saya suka telur dadar yang garing .Tapi suami saya suka telur dadar yang garing diluar dan lembut didalam. Camno nak buat tue? Kalau saya jawab" ehh.. i tak pandai la ..." sure suami akan jawab pulak "pergi la belajar dengan mama". So sebelum saya di suruh untuk belajar saya lebih suka ambil inisiatif untuk belajar dulu. Memandangkan ibu mertua saya adalah seorang ibu yang bekerja dengan 4 orang anak lelaki. Saya perlu menuntut ilmi bagaimana dia menguruskan keluarga dengan cara terbaik sebelum ini. Konsep saya learn from other people mistakes not our own mistakes kerana nak sedar kesalahan selalunya adalah lambat serta petua2 lain bagaimana dia boleh kekal dlm kehidupan berumah tangga hingga sekarang.
- Perhubungan suami dan isteri: Haipppp... jangan melencong fikirnya. Perhubungan di sini ialah adab kita suami isteri.Biasa la pasangan muda ( huhuhu muda ker aku nie kahwin) Maksud saya pasangan yang baru berkahwin masih tidak matang dalam cara bercakap cara mengruskan diri masing-masing. Sang suami kadang2 mulutnya cepat benar nak cakap apa saja. Yang isteri pulak cepat benar merajuk nya . Disini bila kedua-dua perkara berlaku tanpa nasihat dan teguran kedua - dua ibu bapa lama dibiar lama sakitnya. Boleh menjadi nanah nahhh.. pastu mula la cakap benda bukan-bukan.Teguran ibu bapa yer bukan masuk campur hal rumah tangga anak-anak.
Setakat ini dulu coretan saya kali ini. Kesimpulan nya .. baik buruk tinggal dengan mertua terpulang pada diri sendiri yang menilai dan mengikutnya. Saya meng alu-alukan cadangan pembaca berkenaan hal ini. Mungkin ada nak memberi pandangan yang lebih baik sila tinggalkan komen anda mahupun nak kongsi pengalaman sendiri.
Loves ..XOXOXO
Comments
aperpun, take care fiza...