Kisah Bulan Ramadhan



Salam Ramadhan ,

Gambar tiada kena mengena dengan entri.


Dah masuk minggu ketiga berpuasa. Lagu raya pun dah mula berkumandang di radio. Terasa mood –mood raya dah tiba.Mengikut rekod diri sendiri hanya 2 kali saya menjejaki  pasar ramadhan atau PARAM bak kata orang-orang  sekarang.
Ntah mengapa tahun nie saya lebih suka bersusah payah di dapur untuk menyediakan juadah berbuka saya.Kalau tak berbuka diluar.Saya sibuk menyediakan makanan untuk berbuka. Praktis kah?? Hmmm……  yang pasti selera saya memang spoiled sejak 2 tahun kebelakangan ini. Beli juadah yang nampak sedap dan mahal. Tapi tiada rasa. Wang bukan ukuran saya untuk membeli makanan. Tapi bila membeli biar mahal asalkan berbaloi.Sedihnya peniaga sekarang . Lebih mementingkan untung dari kualiti.
Saya faham tuan/puan peniaga sekalian. Harga barang mentah dah naik dari sekecil-kecil barang hingga ke bahan utama. Persoalannya kenapa kualiti diperjudikan. Sebagai seorang pembeli saya x kisah bayar mahal asalkan kualiti terjaga dan sedap. Adilkah kepada kami  pembeli ini kalau harga di naikkan tapi kualiti hancur… Renung-renungkan lah….

Ketika ini juga masing-masing dah sibuk ke bank nak tukar duit raya untuk disedekahkan kepada kanak-kanak dan seangkatan dengan nya. Bersedekah  itu dapat pahala tapi keihklasan pun perlu selari.Saya salah seorang dari mereka yang berebut-rebut nak tukar duit. Sedihhh….. pabila seorang  rakan yang bekerja di bank inform yang duit RM 1 kena beratur….Adeiiiii… mana nak cari  nie… Duit RM 1 tue yang penting…. Mudah-mudahan di permudahkan untuk saya mendapat  RM 1.
Terkenang semasa dulu… sibuk berjalan nak dapat duit raya.Sekarang pejam celik pejam celik aishhhh dah sampai time saya yang kena bagi duit raya. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan – NYA.
Nukilan buat hari ini… Selamat Berbuka Puasa

p/s : masing sedih memikirkan date….Jom pulun buat ibadat 2nd half of month.. 


Comments

Popular Posts