Aku Terima Nikah nya

Salam peeps ,

Selalu orang bercakap pasal " setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya "  dan saya memang la salah seorang yang sangat percaya pada kata-kata di atas.Dengan ujian dan dugaan yang saya lalui kebelakngan ini saya redha.. Walaupun dalam keperitan yang pasti saya tahu akan ada hikmahnya.

Maka Allah memberikan jalan pada saya tanpa disedari. Law of attraction telah membawa saya kepada kaunselor a.k.a sahabat baik saya dalam satu pertemuan yang tidak dirancang. Pertemuan bukan sekadar pertemuan nak ambil air Rx Water. Rupanya pertemuan yang membuka minda dan kepala saya untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T.

Kami bercerita dan terus bercerita sehinggalah pada dugaan -dugaan yang singgah dalam hidup saya. Tak kala itu terpacel dari mulut Pn Aniz untuk saya membaca sebuah buku " Aku Terima Nikahnya " hasil nukilan Ustaz Hasrizal yang tanpa saya tahu rupanya buku ini menjadi top selling books di rak MPH Bookstore.



Ok peeps ,

Buku ini sangat sesuai di baca oleh all B2B atau pun ex-B2B. Kerana buku ini lengkap dengan info , panduan dan didikan dalam mengharungi rumah tangga. Ustaz Hasrizal mengupas setiap isu berdasarkan pengalaman beliau sendiri serta realiti sebenar dalam kehidupan berumah tangga.Saya tak boleh buat review di sini lagi kerana sangat tidak adil sebab saya tak habis lagi baca buku nie.But trust me memang berbaloi.

Even baru baca separuh pun dah menusup ke dalam jiwa. Ok please jangan lupa dapatkan di pasaran.Ini bukan promo . Tapi untuk melayari bahtera perkahwinan ilmu mesti penuh di dada supaya kita tak terkapai-kapai . Ok semua B2B satu bacaan yang sangat berguna untuk kita semua .

When i finish reading this saya akan buat review pasal buku nie.

Take Care

LIVE.LIFE.ENJOY



Comments

Popular Posts