Tips menghadapi orang yang sukar. Perkongsian bersama.

Melihat pada entry di atas mesti ada di antara kita melalui situasi seperti kat atas. Sama lah saya . Sekarang tengah melaluinya. Sengaja nak berkongsi dengan anda  apa yang patut korang lakukan. Sebabnya saya anggap orang-orang cenggini is unhappy with her life. Dah ler lama x ada entry tetiba keluar entry cenggini ye... Sekadar nak berkongsi.



Ketika di pejabat , anda mempunyai konflik dengan salah seorang rakan sekerja. Rakan sekerja anda pula ialah senior di dalam unit anda. Tetapi dia adalah seorang yang amat sukar difahamu dan dipuaskan hati . Ada saja kerja , percakapan mahu pun perbuatan anda di kondem dan di kritik. Kritikan yang tidak membina OK!. Apa kah tindakan anda. Dia menjadi seperti seorang kanak- kanak yang sangat tidak matang. Di pejabat dia tidak bertegur sapa dengan anda dek kerana dia tidak puas hati terhadap anda kerana tidak mengikut telunjuk nya.

Apa yang perlu anda buat???

1.     Buat tak tahu sahaja, Sapa seperti biasa seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku. Ini menunjukkan yang anda ingin berdamai dan menunjukkan kematangan anda dalam hal ini serta anda bersifat professional. Jika mendapat respon yang negatif maka abaikan dia. Kerana anda telah melakukan apa yang sepatutnya.Bercakap hanya bila perlu . Ingat… anda mesti professional dalam menangani hal ini.-Tujuan rakan konflik anda memberikan respon negatif ialah untuk menyatakan yang dia tidak bersetuju dengan anda , mungkin dia belum sejuk dengan anda, atau menunjukkan kekuasaan beliau atau pun dia memang dah PANGKAH anda.

2.     Jika anda mendengar rakan konflik anda bergossip tentang anda di belakang. Jangan cemas , relaks dan tenang. Ini adalah perkara yang PASTI akan berlaku.Kerana dia merasakan dirinya tidak selamat maka dengan bercerita bergossip tentang anda untuk mendapatkan simpati rakan yang lain kepadanya.Tenang dan anggap kebenaran pasti tiba. Tidak perlu untuk counter back apa saja komen dan kutukan dia terhadap anda. INGAT “action is louder than words”. Kalau anda tidak suka cara beliau jangan ikut cara beliau yang bercerita tentang keburukan anda .

3.     Yakin kan diri anda dia tidak mengangu hidup anda walau secebis pun. Tumpukan perhatian pada kerja anda bukan pada dia . anggap dia hanyalah seperti di angin lalu. Datang singgah seperti ribut dan pergi begitu sahaja.Terutamanya jika anda tidak melaporkan diri pada dia,
4.     Akhir sekali , kasihanilah dia .Berdoa lah untuk dia kerana hidup nya tidak bahagia maka dia turut membuatkan orang lain tidak bahagia.Berdoa gar dia diberi petunjuk dan hidayah untuk meneruskan hidupnya dalam keadaan tenang dan bersangka baik sesame manusia. INGAT mendoakan sesama manusia mempercepatkan MAKBUL doa untuk diri sendiri.


LIVE.LIFE.ENJOY






Comments

Anonymous said…
oo.macam tu
Unknown said…
suka baca entry ni :)

btw, salam b2b. jom exchange link yea :)

http://norapurplebridez.blogspot.com
Fiza Amran said…
@ mama nora: motivasi diri sendiri
@anaztasia : thanks i exchange link with u

Popular Posts