Easy Chocolate Cake

Salam kerinduan ,

Malam semalam sangat panas dengan cuaca yang panas dan kebosanan maka saya merajinkan diri turun ke dapur dan melihat lihat oven kecil ku.. Teringin nak makan chocolate cake moist, tapi bahan x cukup. Maka redah jer apa yang ada resipi jumpa dalam internet. Malang sekali terlupa nak save link. Apa pun credit to owner ya' .

Jom tgk resepi .

Easy Chocolate Cake
  Bahan A:
 1 1/2 cawan tepung serbaguna
 3 sudu makan serbuk koko 
 1 cawan gula kaster
 2 sudu teh baking powder

Bahan B:

2 biji telur
1 cawan susu @ buttermilk
1 cawan minyak canola
2 sudu teh esen vanilla

Kaedah :

Campurkan bahan A dan bahan B . Kacau sebati . Bakar dalam oven selama 40 minit dengan suhu 170 celcius.




Sila abaikan tray bawah tue yer... Ini tahap pemalas cipan x letak dlm pinggan. Kurang Naik sebabnya ratio bekas dengan mixture tak balance.


Tekstur close up.

Maaf yer tak lawa . Nanti saya buat lagi dan hasil yang akan lebih mengagumkan.


Comments

Fiza Amran said…
meh la.... rupa x cantik sgt hany
Thanks for this recipe....It's very easy....I will try this...I love chocolate cake
safiyyah osman said…
nak try2...:)..tq for sharing babe:)


selamat menjalani hidup sbgai tunangan org:)

Popular Posts