MANUSIA AKHIR ZAMAN

Salam Ukhwah


Sebelum saya meneruskan entry ini  harap maaf jika fakta kurang tepat.. saya insan biasa maka betulkan lah saya .. tapi ini sekadar luahan dari seorang insan yang mengalami nya.Bukan menyebelahi sesiapa nukilan atas sikap seorang insan kepada insane yang lain.


Di takdirkan pada malam semalam kereta En Tunang rosak. Rosak di tengah tengah Stadium Melawati.Seperti yang kita tahu malam semalam Isnin , 28 March 2011 ada perhimpunan besar besaran  Parti  P#$ dan P%^R di sana. Bila bercakap pasal parti nie harap2 semua faham lah yer.. parti apa yang saya maksudkan..

Kalau bercakap masing –masing nak selitkan pasal keislaman kerohanian orang itu salah orang ini salah.. KITA betul Kita dijalan yang lurus orang lain semua *$&*^*&# macam-macam. Nie semua politik apa benda yang ada pun nak jadikan politik Sampai sanggup mempermainkan hukum hakam Islam dan agama Allah S.W.T . Tak peduli apa pun asalkan aku bahagia selamat dan ramai pengikut aku.Nak cakap A salah B pun sama salah .. Cakap A senget yang B pun lagi dahsyat senget.Itu lah fakta nya zaman sekarang.

Mengikut  pengetahuan saya yang cetek dalam bab-bab keislaman ini dalam ajaran Islam kita nie sesame umat patut nya bantu membantu yang dalam kesusahan.Kecil ker besar ker setakat yang mampu dan ikhlas.Maka peristiwa semalam membuktikan segalanya  cerita berdegar degar bila nak buat jangan harap la…. Boleh tengok ikut mata jer la…Hilang rasa hormat saya pada mereka ini.
Ceritanya begini:
Masa saya sampai En Tunang tengah berdiri di depan kereta dan bonet depan terbuka..kereta stuck di tengah2 laluan utama.Saya yang WANITA nie datang membuat misi menyelamat En Tunang, sampai saja kat sana.Saya Tanya x de org datang tolong ker?? Jawab en tunang .x de pun tunggu sini terpacak mcm tue jer dari tadi… Ok x per saya try call member mekanik saya. Tapi nak kena alihkan keretta ni dulu .. Cadang saya.
Maka ala-ala superwoman nya saya duduk dlm kereta sementara en tuning dgn gagah perkasanya tolak kereta. Bayangkan tolak kereta nak masuk side parking tanpa enjin hidup betapa seksanya.. terkial kial la saya dan en tunang tolak tarik kereta ke kiri ke kanan..
Tak de orang ker  ????? Tipu la saya cakap kalau x de orang diman perhimpunan di buat di Stadium  Melawati Shah Alam. Dengan crowd yang hanpir 10,000 orang  x de orang ker??????
Ada .. tuan tuan puan puan cik adik cik abang .. bukan x de orang ramai sangat orang nya .. Lalu sebelah kami dan hanya melihat seperti angin lalu.. Seperti kami tengah buat show dalam zoo..Perasaan masa tue IMPRESSSSSSSSSSSSSS……………..
Macam nie rupanya perangai orang2 yang bercakap pasal Islam pasal agama … Maaf lah sapa makan cili terasa pedas…cerita hebat tapi perkara nan satu BANTU MEMBANTU SESAMA ISLAM pun x boleh nak dipraktik kan..
Tak perlu nak tuding jari ko salah aku benar… tengok diri masing-masing macam mana.Pesanan Untuk diri saya sendiri sama la jugak tengok diri before nak komen orang lain…
Finally , ada juga insan mulia yang membantu kami ketika itu…. Alhamdulillah syukur.. dan pada yang membantu terima kasih tak terhingga. 
Cuma kejadian semalam membuka mata saya untuk saya terus berfikir  bantuan x semestinya datang dalam bentuk duit ,pelbagai cara bantuan yang Allah turunkan.

Berfikir juga saya pada malam semalam ada hikmah kejadian menimpa kerana Allah nak beritahu saya jangan lah jadi seperti MEREKA.

Yang baik datang dari Allah S.W.T yang buruk dari diri saya sendiri juga.






Comments

nuhaz said…
lorr siannnye..sib baik ade org tolong..xpe darling..wat baik dibalas baik..buat jahat sendiri mau ingat...
Fiza Amran said…
tue la zila... manusia kan... rambut sama hitam hati lain2

Popular Posts