Bila hati mula berbicara
Salam Keceriaan,
Hari ini Khamis owhh x sabar rasanya nak tunggu esok FRIDAY.. Adat bekerja kan…. Tika ini saya sibuk dalam membuat beberapa persiapan… Macam-macam hal ini x kena itu x kena.Bila bercakap pasal persiapan nie maka akan timbul lah mcm-mcm komen dan macam2 pandangan yang membuatkan kita jadi pening. Mana satu nak dengar.. Kalau komen-komen tue dikeluarkan sekali dengan pitih ( duit) kira ok ler… Ini komen yang membuatkan kita keluarkan duit x ker sakit hati tue….
Apa pun positif vibe mesti sentiasa ada atau diwujudkan kan.. Macamana nak buat tue? Apa lagi apa yang selalu saya amalkan istigfar banyak2 dan percaya setiap berlaku ada himahnya.. Jangan lari dari masalah .. Hadapi nya walaupun perit . Kalau lari pun masalah akan terus mengejar.
Meh saya kongsi tips mcmana nak menangani tekanan… sedikit sebanyak akan membantu untuk lebih relaks.
- Minum air kosong dan ucapkan aku tenang dan aku relaks.Jangan lupa selawat yer..
- Tarik nafas dalam-dalam. Dan lepas.. Bayangkan semasa anda menarik nafas segala masalah dan kekusutan di sedut umpama vacuum cleaner rumah kita.Lepaskan nafas perlahan-lahan dan bayangkan semua masalah keluar ikut nafas.
- Ulang cara di atas tapi kali ini lepas kan nafas dengan sekuat hati dan bayangkan masalah anda itu melantun lantun keluar dari diri anda.
- Lepas tue senyum pada diri anda sendiri dan ucapkan masyallah dan Alhamdulillah.
5. Berehat dan tenangkan diri.
Insyallah lepas ini saya akan kongsikan rahsia tapping a.k.a EFT ( mini acupuncture yang anda boleh buat sendiri d imana2)
Comments