Salam Februari 2011
Salam ,
Wahhhh... misss u all alot.. missing in action sebab tgh ada misi yang diplankan.. misi penting heheheh x berkesempatan nak jengah2 blog nie....
Anyway , sempena raya cina nie mesti banyak limau mandarin kan.. terbayang -bayang la pulak citrus jelly kan... mandarin orange , grapefruit , orange sunkist.. kopek kulit dan selaput campurkan dengan jelly masuk peti.. sejuk2 makan.. ketika ini saya bersiaran dari kampung halaman terchenta Pulau Pinang... Keadaan panas di sini. Walaupun sahabat kita di johor dan negeri sembilan banjir.. saya doakan semuanya pulih seperti biasa. Ujian dan dugaan kan..
Cakap pasal panas orag tua-tua cakap kalau time raya cina nie memang akan panas seterik -terik nya ..Lepas dr tue hujan akan turun selebat -lebatnya..Macam-macam la kan...
Terpanggil untuk share sesuatu di sini saya terbaca qoute seorang teman di FB
"Muhasabah diri dan betulkan niat.Kerana niat itu boleh membawa kepada kebaikan dan kalau salah niat boleh membawa keburukan"
Insaf ... terbaca qoute nie.. nampak simple maksud nya mendalam.... kadang-kadang setiap apa yg berlaku kita x nak muhasabah diri rasa diri sgt perfect .. rasa diri nie bagus sgt.. padahal masih ada kelemahan sana sini.. niat kita .. bak kata orang apa nawaitu kita sebenarnya... kalau kita buat sesuatu perkara nawaitu nak menunjuk2 , nak buat orang sakit hati dengan kita ... baik padamkan niat tue.Jadikan niat anda niat yang positif.
Saya juga kadang-kadang tersasar jugak nawaitu ... maklumlah insan bernama manusia alpa , leka hilang lah arah.. Alhamdulillah selalu nya akan ada perkara , seseorang atau pun sahabat yang menyedarkan saya syukur alhamdulillah... Ego seorang manusia jugak x nak terima nasihat org kadang2 tue... Terima kasih jugak masih ada orang nak tegur..
Maka bila nawaitu tersasar cepat-cepat la istighfar dalam hati sebab syaitan tue memang suka meniupkan api kemarahan dan dendam nie..
Istighfar sebanyak mungkin , ambil wuduk , minum segelas air dan selawat banyak banyak....
Betul nampak simple .. tapi impaknya sedalam dan sebesar qoute di atas.
Comments
apakah misi itu? cis sibuk plak kan nak tahu huhuhu