Kasut tumit tinggi vogue atau penyakit?




Salam keceriaan ,
Semalam , tiba-tiba tergerak hati nak beli flat atau kasut leper untuk di pakai ke pejabat. Bukan apa sekarang nie saya pakai kasut leper jenama croc made in china.. Hahahah yang crocket tue la yang saya pernah cerita dalam entry sebelum nie. Memang selesa dan tahan lama sebabnya RM15 sampai skrang kasut tue ok.. sedap dan selesa warna purple sampai hilang reben  tanda “CROC” hahahaha.
Sebenarnya kasut tue saya pakai untuk berjalan dari parking ke pejabat. Memandangkan jalan dari parking agak “adventure” dengan slop naik bukit dan turn bukit jalan yang tak rata.serta perlu melintas jalan kadang-kadang berlari adalah tidak sesuai ok untuk pakai kasut tumit tinggi dan life span kasut  pun cepat jer karang habis nyawanya.
Saya selalu terperangkap dengan keadaan tiba-tiba kena keluar meeting ad hoc. Oh ya lupa nak cakap , saya ada spare high heel kat opis utk dipakai dlm opis.. ala vogue top to toe , ber make up cantik.. x kan nak pakai CROC kan? Hahah spoil the dress up yg konon nya bagus tue… (perasan.. kata untuk diri sendiri).Maka kena pakai high hell terkujat kaki haa.. nak menapak keluar g meeting.
Maka semalam saya berjaya membelikan diri sendiri sepasang flat pump.Tiba-tiba rasa sekarang high heel is no more friendly with me.Apa pun membebel x tentu pasal I nak share beberapa fakta tentang kasuit tumit tinggi.

·         Pemakaian kasut tumit tinggi nie mencipta  tekanan yang tidak perlu biomekanik kepada pergelangan kaki , tulang pelvis dam seluruh tulang belakang.Ini kerana badan kita dari kaki ke kepala merupakan satu rantai panjang yang ber gear dimana kelancaran gear bergerak berkait antara satu sama lain.Jika  sendi kaki anda tidak berfungsi dengan baik maka seluruh badan akan turut menerima kesannya.Dalam sesetengah kes perubahan yang nyata apabila memakai kasut tumit tinggi yang lama ialah otot dibelakang tengkuk akan menjadi keras dan tekanan kepada saraf dan mengakibatkan sakit kepala yang kronik. Seperti kata  Socrates , "when your feet hurt, you hurt all over"
·         Pemakaian kasut tumit tinggi adalah faktor kepada ketidak suburan wanita. Menururt kajian beberapa doktor sakit puan di London.


Tapi saya akui memang susah nak elak pakai high heel nie specially fashionita ..Saya pun suka jugak.. ahaksss… lagi tinggi lagi bagus lagi rasa vogue.betul x?? lagi kopiden level tue naik .. Waahhhhhhh kelasss gitu.. ada beberapa cara untuk kita terus menikmati rasa best pakai kasut tumit tinggi.

1.   Gunakan pelapik kasut untuk mengurangkan tekanan ketika pakai high heel.Ala yang scholl ada jual tue nama nya party feet . haaaa.. yang tue la.. Experience sendiri pakai nie nak berdiri lama2 pun x de hal .. sedap jer.. plus boleh di cuci dan di ulang pakai.Nak beli kat mana?? Jusco ,Watson, Guardian semua ada  Giant , Tesco pun ada.. Tapi x semestinta scholl tau brand lain pun banyak apa pun asal menyeraphentakan dan tekanan.Nak tengok rupanya macam mana KLIK SINI.
Salah satu contoh lapik kaki
2.   Praktis jalan guna high heel.. Selagi x pandai jalan jangan pakai.. Kaedah nya jalan bermula letak tumit dan di ikuti hujng kaki tujuan nya untuk kaki menerima beban yang sekata. Baru la tak terhoyong hayang berjalan nya…
3.   Kurang kan waktu berdiri bila guna high heel.. Maksud saya berdiri jangan lebih 1 jam . Cuba duduk dan rehatkan kaki sebentar dan bangun semula.Supaya kaki dapat berehat untuk recover otot2 yang tegang.
4.   Kalau dipejabat masa tengah duduk buat kerja buka lah high heel anda. Bila perlu berjalan pakai la balik.
5.   Atur langkah dengan penuh kesopanan dan gaya. Ini penting kerana ia turut mempengaruhi posture badan.. Ala  x kan nak pakai high heel jalan menunduk kot.kan  kan..kan..
6.   Akhir sekali gunakan akal dan gunakan kasut tinggi secara bijak.
Oleh itu percaya lah .. buruk tue x semestinya buruk, baik tue x semestinya baik gunakan akal dan hati untuk menilai apa yang terbaik untuk diri sendiri.



Comments

nuhaz said…
zila pun since bdn dh naik ni dh xpakai heel pun..asyik sakit lutut je..klu pakai beli ala2 wedges or yg tapak tbal tu...selesa n rs balance je...ahakss!!
noa said…
i kat ofis pun bantai pakai sandal aka selipar je

nak masuk bilik bos br pakai heel (pekerja contoh kate ngehngehngeh =p)
Fiza Amran said…
zila : tue la ..terasa diri ni dah tua kot hahahah x larat nak pakai heels plus berat pun dh makin berat ekekeke
nora: sama ler kita pekerja contoh bos tgk terbaik....
ada mokhtar said…
lenguh kaki sebenarnya pakai heels. tapi terpkasa pakai... nak tinggi punya pasal.. hehe
Rohani Hashim said…
hany pakau wedges je skrg....ok fiza, esok nk try cari laa pelapik kasut huhu.

tapi kekdg hany pakai je sliper jepun g mana2...heheh
Anonymous said…
boleh tau x brapa harga pelapik tuh?
Fiza Amran said…
RM19.90 kalau tak salah

Popular Posts