Go away negative thinking..go negative chi…



Kehidupan biasa la .. negative , positive semuanya pasti ada.. Cuma yang perlu untuk balance kan semua tue macam mana..
Pagi tadi ter YM dengan kawan lama masa sekolah . Ayat dia simple tapi cukup untuk membuatkan saya terfikir sesuatu..

“ Biasa la setiap orang lain ujian nya “

Betul amat setuju , setiap orang lain ujian nya . Ada yang di uji dengan penyakit , ada yang diuji dengan kepayahan rezeki , ada yang diuji dengan jodoh lambat , ada yang diuji dengan dugaan sebelum berkahwin, ada diuji dengan perangai anak-anak.. Pelbagai ujian  ada.. nak ditulis tak terkira.
Kadang-kadang kita x diuji dengan penyakit tapi diuji dengan rezeki. Apa pun yang penting kat sini kekuatan hati. Sejauh mana hati dapat menahan dugaan dan melalui nya dengan penuh kekuatan .. Saya x suka laluinya dengan kesabaran … Kesabaran memang perlu dalam apa2 perkara pun .. Cuma jadikan kesabaran itu sebagai pemangkin kejayaaan.
Kata sifu saya , skrip doa jangan masukkan kesabaran kerana bila kita minta kesabaran , kesabaran itu pasti diringi dengan dugaan yang pelbagai .kerana tanpa dugaan mana nak datang nya kesabaran kan?
Jangan salah tafsir apa yg saya cuba sampaikan… apa maksud saya jadikan kesabaran itu kekuatan kerana sudah pasti kekuatan itu datang dengan pakej kesabaran , keredhaan , keharmonian.. Nampak di situ??
Bercakap tentang kekuatan , memang saya minta kekuatan mental yang amat tinggi tika ini.. Kerana dugaan dan ujian telah tiba dan menguji hambanya setakat mana hambanya yang kecil ini masih mengingati yang maha esa, masih redha dengan segalanya.Serta di tambahkan dan dipermudahkan segalanya.

Ujian dan dugaan ini datang supaya kita sentiasa beringat dan bersederhana dalam apa jua perbuatan , kata-kata  mahupun kemahuan. Pasti ada hikmahnya yang kita belum nampak .. Kerana hikmah itu milik Allah akan ditunjukkan bila tiba masanya.
Ingatan untuk saya dan juga semua .. Ujian dan dugaan ini rencah hidup dan ia menjadikan kita insan yang bersyukur dan menjadikan kita lebih baik dari sekarang .Redha dengan ketentuan nya and  move on.

“ Jika kita berhajat kan sesuatu jangan minta pada manusia pastinya manusia akan mengecewakan, Minta lah pada Allah kerana sesungguhnya dia yang lebih mengetahui dan x pernah mengecewakan hambanya  “



Comments

Rohani Hashim said…
syuuuhh syuuhhh pergi ko negative pergiiii ;)
Anonymous said…
No wonder lah banyak ujian yang dtg bertimpa2,,, selalukan mendoakan kesabaran tanpa kekuatan... Anyway, yang penting kita redha akan ketentuanNya...
Good one Fiza...
Fiza Amran said…
hany : syuhhhhhhhhhhhhh..... go go

anonymus : yup... berdoa pun ada seni bukan main hentam saja... nanti susah doa tue nak roaming
No Lan said…
ya..betul tu fiza, masing2 diuji ngan cara yang berbeza..kekuatan dalaman sebenarnya penting untuk kita lebih tabah di masa depan..

semoga fiza ceria selalu ya..

Popular Posts