Azam yang dah tercapai atau masih pending.. Tips untuk anda ..
Salam Sejahtera,
Saya pasti bila menjelang nya penghujung 2010 ini semua akan mencongak sama ada azam tahun ini dah berapa banyak dilaksanakan… dan saya pasti juga orang seperti saya dan anda yang berkenaan ada azam yang typical tapi jika terlaksana adalah satu pencapaian yang paling cemerlang untuk tahun tersebut .Dan azam nya ialah SAYA INGIN KURUS.
Hahahahaha betul tak???? Hmm macam saya apa dah jadi skrang… Mana ada kurus maintain jerk sepanjang tahun…Sementara itu..saya pernah kurus 4 years back.. Macamna saya buat?? Sekadar untuk recall dan peringatan pada diri sendiri lagi sekali.
1. Kurangkan karbohidrat.. Saya pasti ada yang x boleh hidup tanpa nasi.. Apa maksud saya disini kurangkan portion karbohidrat anda ( nasi , mee, roti , bihun , kuih berasaskan tepung putih dan seangkatan dengan nya ,tak lupa juga pasta , spagethi , lasagna dan juga kaum2 sejenis).Contoh : Kebiasaan nya makan makanan berasaskan karbohidrat sehari 2 kali. Cuba kurangkan kepada sekali sehari.Misalnya juga kebiasaan anda amik portion nasi 3 senduk, kurangkan kepada 1.5 senduk .Atau untuk lebih berani dan lebih kuat semangatnya… jangan makan karbo…
2. Minum air sekurang-kurang nya 3 liter sehari . “ Wahhhh , banyak nya biasa nak habis seliter pun susah”.Percaya lah pada minggu pertama anda memulakan diet. Ini adalah minggu penyahtoksik anda… Atau pun anda boleh minum seliter air masak yang dicampur bersama dengan 5 sudu makan jus lemon. Kenapa jus lemon. Ini adalah kerana jus lemon membantu proses penyahtoksik anda.Tujuan minum air 3 liter ini adalah untuk membuang segala toksik dalam badan dan turut membantu dalam meningkatkan metabolisme anda.Apabila badan anda ternyah toksin .maka badan tidak perlu bekerja keras untuk membakar lemak kerana separuh daripada proses telah di permudah kan. Bayangkan anda nak makan sebiji mangga.. anggaplah kulit mangga itu sebagai toksin dalam badan anda. Jika ingin menikmati mangga kita perlu mengupas kulit nya dan ini mengambil masa. Tapi bayangkan jika mangga sudah siap di kopek pasti mudah kan??? Aplikasi kan konsep ini dalam proses berdiet anda.Segala toksik akan dikeluarkan daripada peluh dan urine anda.Dan kulit pun semakin lembab dan cantik.
3. Kenal pasti kehendak anda.. kenalpasti samaada anda lapar atau sekadar dahaga. Selalunya kita akan terslaah tafsir tentang isyarat tubuh kita.Rasa dahaga di salah erti sebagai rasa lapar. Sebenarnya ketika itu tubuh kita telah kekurangan air. Setiap kali anda rasa lapar .Fikir dan minum segelas air. Jika setelah 10 minit jika masih lapar anda boleh lah makan makanan sihat seperti buah , kismis, prune atau pun kekacang.
4. Jangan makan malam. Nampak macam tipikal nasihat . Tapi percayalah . Tanpa saya sedar dalam kesibukan bekerja saya kurang makan malam. Bila diperhatikan rupanya saya telah mengalami sedikit penurunan. Sebabnya bila malam badan kurang melakukan aktviti dan kurang kalori terbakar.Jika anda masih makan mlm sehingga anda hendak tidur . Kalori yang anda makan tidak akan terbakar dengan sempurna dan berlakunya timbunan lemak.
5. Mulakan berjalan kaki 20 minit sehari.Kerana berjalan kaki lebih banyak kalori terbakar.
Skema kan tips kuruskan badan saya diatas. Sangat tipikal hingga kan di mana2 sahaja anda boleh Nampak tips ini.Pada saya tips nie saya dh dengar dari zaman remaja sampai sekarang.. Nak follow … hmmmm rasanya x pernah..Tips simple saya ialah :
1. Setiap pagi anda bangun dari tido minum air masak 1 liter ( tak perlu gosok gigi OK sebabnya kita perlukan enzim ketika bagun tido dalam mulut anda). Untuk cuci perut.
2. Pastikan anda makan bfst. Saya cadangkan bfst yang kurang karbo.
Contoh :
Scramble egg + susu + sausage
2 biji telur separuh masak
Ayam pangang ( ala ayam KFC ker ayam percik mlm smlm yang makan x habis simpan dalam peti ) + 3 keping salad ( nak lebih pun xper)
Ommelet dengan bawang ( hahaha bahasa melayu nya telur dadar )
Cereal ( cornflakes , coc o crunch , oat ) dan seangkatan dengan nya Cuma pastikan anda makan dengan susu low fat bukan susu pekat manis. ( lepas tue kalau makin naik don’t blame me ya’ )
Sebiji apple ( saiz sederhana) + secawan milo
Antara cadangan saya . Sila lupakan sekejap roti canai , nasi lemak , mee goring , bihun goring ,macaroni goring dan seangkatan. Bila pagi2 dah makan banyak karbo karang tengah hari sure mengigil lutut punya nak makan heavy.
Mesti ada yang cakap… Mana nak sempat buat semua tue.. Pagi2 dah nak kena keluar awal.. Tak pe sayang kat café byk menu yang saya sebutkan kat atas.Cuma anda perlu bijak memilih…
Lontong – sila ambil sayur-sayuran tempe dan tauhu lebih pun x pe, kuah agak2 la yer santan tue.. Kuah kacang is a no no. Nasi impit forget it. Boleh ampun la kalau setakat seketul besar kotak mancis tue.
Kan biasanya dia akan ada ayam goreng untuk makan dengan nasi lemak. Yang tue pun boleh. Nak makan bihun boleh .. jangan amik sepinggan . Amik 1 sudu setengah.. Cukup sekadar lapik perut bukam melantak ok. Mee dan koew tiaw x boleh ampun sebab banyak minyak.Bihun plak kurang sikit kalori nya. Kalau mcm nie nya kes. Sebaik baiknya standby la buah ker kurma ker sebab pukul 10 pagi sure korang akan lapar balik punya.
3. Senaman ,melainkan semangat kendiri tue sangat kuat kan.. Sila la pergi ke gym atau berjogging . For me simple, naik tangga dan turn tangga kat opis.. Dalam opis tue banyak kan bergerak setakat nak g partition kawan yang sayup mata memandang tapi boleh dengar kita melaung jalan jer la. Melaung kalau dah anak dara jatuh saham dik.. baik ko jalan body sihat ayu pun Nampak. Kalau ibu ibu di rumah.. yesss lakukan aktiviti mengemop kerana sekurang –kurang nya 250 kalori dah terbakar.Atau pun mengemas rumah dan menyental Rumah kemas dan bersih cik abang pun saying . 2 in 1gitu.
4. Pasti kan anda bersemangat waja terutamanya pabila ada hamba allah akan bertanya “ eh u diet ker?? Tak payah la diet2 nie.. asalkan sihat “ Lupakan saja mereka2 yang cuba mengagalkan niat anda itu.. pekak kan telinga buta kan mata. Senario nie pasti aka nada punya .Tak semua orang suka bila kita nak buiat kebaikan.
5. Resepi jus ini turut membantu. Celery + Halia + Epal Hijau . Campuran jus ini membantu ketidak hadaman dan juga mencuci system badan anda. Jangan terkejut kalau lepas anda minum anda akan kerap ke tandas . X kira la air besar ker air kecik.
6. Minum minuman yogurt atau yogurt setiap malam sebelum tido. Bakteria ini akan membantu penghadaman anda.
Untuk menu makan tengah hari saya akan letak dalam entry seterusnya.
Apa pun untk Hany.. entry ini untuk anda.
p/s : Saya menulis berdasarkan pengalaman saya. Dan saya sendiri baru memulakan SEMULA tips di atas.
LIVE.LIFE.ENJOY
Comments
**hany dah pos sampel tuh utk fiza, sowii lambat, nnti dh sampai bgtahu yer...**
rs nye mkn2an now ni banyak kandungan gule yg extravaganza nye plak kan ..
tp tgk org dulu2 sume nye slim melim, diorg xde plak tingal kan nasik .. myb psl diorg banyak pergerakkan bdn , now days sume nye depan pc.. lepak2... tu yg bdn naik lemak tepu tu ..
** salam kenalan
The temptations always there.
Anyway, I eat to live, not live to eat, so okay, kan?
I like your "Live. Life. Enjoy".
I will add, 'live your life with no excuses, love with no regrets.
You have a nice day and keep a song in your heart, best regards, Lee.
wahhh..bagus info ni ek..ye la nk masuk thn baru dah kan..so, jom kita sesama berazam nk buangkan 'adik angkat' yg duk melekat ni hihi..joooom..