Time Management Hidup...

Nie muka dah boring and penat lepas kejemasa outstation

Dear all readers... hmmmmm miss u alll.. miss me?? ( huhhh perasan la pulak kan...)
Anyway , sebulan dua nie saya agak sibuk outstation ke sana kesini .. ke utara ke selatan.... masuk mill sana masuk mill sini.. maka x sempatla nak updated blog kesayangan ku ini.. Tapi apa pun selagi masih sempat saya updated.. Kekadang tue... balik awal tapi kepenatanya menyebabkan mood nak updated terkantoi... uhuksssss.....

Setakat nie keje saya masih boleh terkawal.... pengurusan masa yang tepat akan melancarkan perjalanan hidup anda......

Cerita pasal pengurusan masa nie kan.... macam-macam yang berlaku yang saya nampak boleh dijadikan panduan dan peringatan kepada saya..

Ambil contoh paling mudah ..Waktu datang kerja yang lewat.. Apa implikasi nya ??
Kita bercerita tentang lewat sejam dua jam bukan lewat seminit dua.. U dah masuk lewat  2 jam.. Dah masuk nak baca paper dulu , nak breakfast dulu. Waktu keje 8.30 pagi. Dah lewat jadi 10.30 pagi.Nak siap2 kan diri sebelum mula tugas dah jadi 11.15 pagi. 12.30 tgh hari dah nak rehat ... yang kita nie pulak pun join jugak g rehat. Persoalannya ialah bila hamba allah nie start keje??.Lepas rehat solat zohor and etc... Habis 3 ptg baru start betul2 buat keje.
Perkara berlarutan sampai berbulan -bulan sampai bila x jadi apa-apa kes... Nak dijadikan cerita pulak... ada kes berlaku kehilangan dokumen and etc... Haaaa..... mcmana tue .. kenapa benda tue berlaku.. yes berlaku sebab tak aware keadaan sekeliling  berlaku sebab x disiplin masuk awal.Orang dah nampak pattern .. so bila masa lopong tue la orang ambil kesempatan... Cerita ini x kan habis bila org tak bertanggung jawab nie dah drag orang lain dalam masalah diri sendiri nie...

Huhhhhh macam dah terlari topik jer citer I nie... anyway ... apa yg nak i stress kat sini ..time management tue important dalam hidup saper2 pun .. If not banyak peluang dan kesempatan dalam meningkatkan kualiti hidup tue terlepas.

Setakat nak tido sampai pukul 1 tgh hari tue.. Memang la x de sapa nak marah kan.. Tapi bayangkan kalau dr lepas subuh sampai pukul 1 tue digunakan untuk mengemas diri  ,memanjakan diri ( facial ,mask, exercise , hair do and etc.. untuk yang bujang ler nie) atau mengemas rumah , quality time spend utk anak-anak dan suami bagi saper yang berkahwin.Tak salah sekali sekala nak bermalas -malasan tapi kalau M tue yang jadi raja dalam diri susah la kan....

Apa pun masing-masing ada hak atas diri masing-masing anda yang sepatut nya mengurus diri dan masa untuk menjadi orang yang cemerlang gemilang dan terbilang

LIVE.LIFE.ENJOY






Comments

Popular Posts