Aktivit Cuti cuti di kampung...

Salam Keceriaan dan Salam Ramadhan...

Minggu nie Jumaat cuti bila mana  jatuh ON Nuzul Quran. Kesempatan ini diambil untuk balik kampung berbuka puasa bersama mama terchenta.Wahhh standard la bila dh dapat balik kampung kan macam2 aktiviti sempat buat dan menu untuk diorder... Salah satunya Nasi ulam.. sorry la geng photo nasi ulam x berapa nak chantik....  ate... sibuk nau bersiap2 last2 lepas terawih baru la teringatnak mengambil gambo....
Saper yang tahu macamana nak buat nasi ulam nie mesti tahu betapa remehnya nak menyiapkan nasi ulam nie.
 
Bahan-bahan:

Daun-daun ulam contoh seperti daun selom , daun kesum , daun halia, daun gajus , daun limau purut , daun pucuk ubi , daun kunyit , bunga kantan and etc .. letak ler berapa banyak ulam yang anda suka. Asalkan tidak beracun untuk di makan.
Daun-daun ini dicuci dan dibasuh dan di atur dan di ikat dengan kemas dalam daun kunyit.Daun kunyit kan bersifat lebar senang nak ikat. Dan dihiris sehalus yang mungkin.

Untuk bahan rencah nya :
Serai , lengkuas , halia , lada hitam , cili hidup dan cili padi , belacan di kisar halus.
Kelapa parut digoreng dan ditumbuk halus 
Ikan masin di basuh dan di bakar serta ditumbuk halus.
Sedikit Perahan limau nipis untuk rasa masam
Semua bahan ini dikisar kecuali kelapa dan ikan masin dikisar asing.
Cara nya :

Sejukan nasi putih .
Gaulkan bahan yang dikisar bersama ikan kering dan kelapa. Perahkan limau nipis dan masukkan ulam yang dihirs nipis. Gaulkan bersama nasi putih. Sedap di makan bersamam asam pedas keladi.

Comments

Popular Posts