KAWAN LAMA DAN CERITA LAMA DAN SEBUAH KEMAAFAN
Lokasi : Site Office
Cuaca: Panas terik
Mood: Mengantuk
Ternampak sekumpulan pekerja baru pulang dari makan tengah hari. Keluar seorang mak buyung ..Tiba-tiba aku terpandang akan dia.. Eh mcm kenal minah nie. Kata ku dalam hati.Dia pun terus berjalan dan menolak sliding door.Lalu dia terpandang akan aku.
“Eh fiza buat apa kat sini?”
“Fiza visit site.. K Tie buat apa kat sini?”
“K Tie keje sini…”
“La ye ke….. keciknya dunia.. Fiza pun keje sini jugak…”
Maka.. petang tue berlaku lah lagi jejak kasihan dengan ex-housemate ku..Ex-housemate masa belajar dekat ITM dulu.. Sebenarnya ada kisah x best aku ngan dia nie dulu.. Kami pernah bertengkar bergaduh dahsyat giler dulu..Apa sebab pun dah lupa tapi yang pasti pertengkaran tue membuatkan aku anti ngan minah nie.
Tapi itu kisah dulu..kisah yang 8 tahun dah berlalu…Kini bila jumpa kami masih seperti dulu .Macam nothing happens.Itu lah sebenarnya kisah maaf dan memaafkan.Yang pasti insan yang memaafkan lebih mulia dari yang meminta maaf.Kerana kemaafan semuanya kembali seperti dulu.
Kemaafan jugak lah yang menyedarkan seorang insan yang bernama manusia bahawa mereka atau aku pasti membuat kesilapan.Walau pun perit untuk memaafkan percayalah bahawa setiap kemaafan membawa seribu kemanisan dan keindahan dalam hidup.
LIVE.LIFE.ENJOY
Comments