CORETAN SEORANG SAHABAT UNTUK SAHABAT


Jemputan makan durian by keluarga angkat tak mungkin aku lepaskan. Memandangkan aku masih ada hutang dengan seorang sahabat untuk melawat dia selepas pembedahan beliau berjaya.Alhamdulilah syukur bila data tahu she’s in a very good condition.

Mungkin ujian dan dugaan baginya.. Sebelum ini sang suami terpaksa menjalani pembedahan atas ketumbuhan dalam kepala.Selepas itu sahabat ini disahkan pula mengandung luar rahim.Apa kan daya ovari terpkasa dibuang sebelah.Beliau tabah dan terus berjuang untuk hidup.Tak lama selepas itu muncul pula batu dalam hempedu.akhirnya hempedu terpaksa di buang.

Sejak sang suami mendapat cuti sakit punca pendapatan semuanya di bahu beliau.Tekanan perasaan dilalui dengan tabah dan gigih syukur beliau kerana mendapat seorang suami yang amat memahami yang dapat memberikan sokongan moral pada beliau.Sama-sama mengharungi semua dugaan.

Aku kagum dengan dia .Aku sendiri tak tahu samaada aku boleh melalui semuanya jika aku ditempat dia.Insyallah semua nya pasti kembali kepada asal. Yang pasti semangat juang jangan putus kentalkan hati dan teruskan melangkah.Kerana didunia ini setiap orang diberikan ujian yang berbeza.Kuat kan jiwa dekatkan diri pada NYA kerana DIA lebih mengetahui.

Kepada yang lain bumi tuhan luas terbentang jangan si-sia kan nya..Jangan bersedih kerana kamu di uji angkat tangan dan bersukur kerana kamu masih lagi dalam perhatian yang maha Esa.Keraa DIA masih sayangkan MU.




LIVE.LIFE.ENJOY

Comments

Popular Posts