Mee Rebus Daging - Resepi Tok

Hmmm.....
" I nak makan mee daging la... sedapnya"
Hint baik punya since I nie gf mithali i pun buat la.Sebab dia allergic seafood nak makan kat kedai sure letak udang nya..Kang naya jer ,, baik I jer yang masak..Sebab allergic nya boleh buat sampai masuk spital.
Mee Daging nie adlah resepi arwah nenek saya.Memang sedap boleh buat perut panas sapa yang byk angin sure ok nya lepas tue.Cara nak masak ada sikit lain dr yg lain.Ok jom kita tengok resepinya



.
Mee Daging -Resepi Tok ( anggaran 5-6 orang makan)

2 peket mee kuning ( di celur )

Kuah :
500 gm tulang
500 gm daging
400 grm cili kering ( digoreng sekejap dlm minyak dan ditumbuk)
300 grm kacang tanah( digoreng dan ditumbuk)
2 ulas bawang besar - di hiris
4 biji bawang putih-di hiris
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar cuka makan
2 sudu sos tomato
2 sudu lada hitam - ditumbuk ( ikut kesesuain rasa masing2)
3 biji ubi keledek saiz sederhana ( rebus dan lenyek )
Batang daun sup dan daun bawang
Garam
Gula

Bahan Hiasan :
Sawi -dicelur
Cili merah - dipotong dan letak kicap
Taugeh- dicelur
Tauhu
Telur
Hirisan daging
Bawang goreng
Hirisan daun sup dan daun bawang



Kaedah nya :
  1. Rebus daging dan tulang sehingga empuk atau buat stok daging n tulang
  2. Tumis bawang hingga garing
  3. Masukkan cili kering yng digoreng dan ditumbuk bersama sedikit air goreng sampai garing
  4. Masukkan lada hitam , kicap , cuka, sos tomato
  5. Masukkan stok daging
  6. Rebus lagi biar bahan2 sebati dan masukkan keledek yang direbus dan di lenyek.
  7. Didhkan kan smpi agak2 pekat atau jika suka lebih pekat tambahkan tepung jagung.
  8. Hiaskan dengan bahan-bahan hiasan




Comments

Idda Hashim said…
Hushhhh tak bole tahan tgk receipe ni..nak buat bahan mcm x cukup ada jek kat sini...takpe nanti balk JB, cuba buatlah.. thanks

Popular Posts