Cerita Dolu-dolu.....

Salam Jumaat ..

Coretan kat bawah nie panjang ko... ini I kutip dari blog friendster I... dah lama ko..Hahahaha nie adalah masa zaman-zaman aku di uji ujian CINTA..hahahahah geli x..Bukan nak mengenag kisah lama. Tapi pengajaran disebalik nya yang perlu diambil kira.
Anyway , anyhow apa yang kat bawah nie nanti mmg mengambarkan perasaan aku ketika itu ..Perasaan kecewa yang amat sangat dan di tipu.Tapi hakikat nya ... ia adalah anugerah yang tak ternilai (mmg la sakit tahap cipan kan).Kerana setiap kurniaan pasti akan melalui episod duka dulu baru la nak happy ending forever after..Insyallah...
But still ada HIKMAH yang tersembunyi disetiap apa yang berlaku.Now I dah nampak hikmah nya dan terang-terangan di depan mata. Apa lagi yang perlu ku ucapkan melainkan SYUKUR ke hadrat ilahi dan kesyukuran yang tidak terhingga..

* pesanan penaja: cerita dibawah tidak ada kena mengena dengan my other half.

My Life after One Year!!!

November 8th, 2008

Hmmmm.. setahun telah berlalu..macam-macam peristiwa pahit manis meruntun jiwa berlaku pada aku..yang membuat kan aku kadang kala terlalu sensitif, terlalu pemilih dan terlalu pasif.Dari segi fizikal aku nampak seperti seorang yang ceria and happy go lucky.tiada masalah yang akan membuat kan aku derita..



Hakikatnya, kita semua manusia…walau segagah mana kita secekal mana kita dinding ketabahan kadang kala goyah jua dek peristiwa yang bakal menggugat emosi dan kewarasan fikiran.Ini lah yang dinamakan ujian Allah S.W.T terhadap hambanya.Agar hambanya terus meningati kebesaran yang diberikannya.



Plot hidup aku mula diuji setahun yang lepas.Bermula dengan kehilangan orang yang kononya menjadi dahan tempat ku bergantung untuk melalui hari-hari mendatang.Madu yang aku beri racun yang dibalasnya..Kesengsaraan yang aku lalui amat dalam.Hinggakan amat payah untuk aku memaafkan nya.Setelah diri ,perasaan dan maruah aku dan keluarga dipermainkan umapama bola.Sabar lah hati ..sabarlah jiwa…



Sementelah itu aku diuji lagi,disahkan “hypertension” akibat daripada memendam rasa ,makan hati dan tersa hati dek perkara yang berlaku pada aku.Masalah yang melibatkan emosi mengambil masa to heal rupa-rupanya.Ku sangkakan ku gagah melangkah tapi aku akui kadang-kadang aku terpaksa tunduk dengan hukum alam “hidup umapama roda” terkadang kita gagah melalui apa saja dan kadang-kadang kita bagaikan insan yang terlalu lemah dan tak termampu membuat apa-apa.



Dalam kesedihan ,jiwa kacau aku mencari kekuatan.Keluarga dan rakan -rakan yang begitu supportive menjadi tempat untuk aku meluahkan perasaan,kegusaran dan kebimbangan untuk menghadapi hari mendatang.Thank you very much to all of you..I love u so much…



Sehinggakan aku mencari cara alternatif untuk merawat diri sendiri.Tak sanggup lagi untuk aku terus hidup dalam kedukaan akibat perbuatan insan yang tidak bertanggungjawab.Enough is enough..Don’t take it wrong ..my alternatif way is seeking for a help from professionals.Kaunselor,therapist,doctor.Allah s.W.T tetap menjadi tempat untuk aku bergantung dan mengadu.Don’t ask how much i spended for those.But I’ll do anything to forget what has happened to me.



Dalam kedukaan itu aku dipertemukan dengan orang-orang yang tepat untuk membantu aku terus bangun dan terus maju kehadapan.Dengan kata -kata semangat ,perubatan dan keyakinan aku terus melalui treatment.alhamdulilah dengan izin Allah segala nya semakin berubah.Hingga kini aku almost recover from my grieving.



Setiap sesi yang ku lalui mebawa erti baru dalam kehidupan aku.Setiap kali itu lah my profesionals advice will remind me pasti ada hikmah disebalik yang berlaku.Kadang kala aku naik jelak dan muak mendengar sabarlah….ada hikmah …sabarlah ada hikmah… tapi yang melalui nya aku.. bagaimana meruntun nya jiwa ini.Tapi sebenarnya itulah manusia hakikat yang tak dapat dielak amat kurang sabar menanti hikmah yang diberikan.Aku teruskan hidup ku seperti biasa.



Tanpa ku sedari semakin lama aku semakin pulih.Sebenarnya ,hidup aku lebih terurus ,lebih bahagia dan lebih ceria tanpa kehadiran nya.Rezeki ku melimpah..Alhamdulillah..Daripada seorang yang tiada apa-apa aku mula mengorak langkah membina kerjaya ku, membina semangat diri, membina personaliti yang lebih cemerlang,membina networking yang lebih mantap.Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.Dengan kasih sayang keluarga yang tidak berbelah bagi,kawan-kawan yang sentiasa sanggup mendengar luahan aku.Tanpa ku sedari rupa-rupanya ramai lagi insan yang lebih menyayangi aku ,menghargai aku.



Hari ini setelah setelah almost a year, aku sedar hikmah daripada yang berlaku Allah tunjukkan perlahan-lahan.Satu -persatu dengan kekuasaannya ditunjukkan.dan ketika ini aku lah manusia yang paling bersykur dengan apa yang berlaku.Masa ku tidak lagi mengenang dan meratap nasib diri.Ku teruskan hidup dengan cara ku sendiri.Aku Penuhi masa lapang ku bersama kawan-kawan,join all the activity provided by my company,complete my social responsible to the community and start a new hobbies.



Aku dah bangun daripada mimpi ngeri ku..dan terus bangun membina hidup yang lebih bermakna.I’m happy with my own way.Aku bersyukur sekali lagi setelah Allah menunjukkan siapa sebenarnya dia dan siapa pasangan nya yang Allah tentukan.Di saat-saat itu aku lah manusia yang paling bertuah dan bersyukur .Sesungguhnya Allah lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk diri ku dan dirinya.Allah telah mengurniakan kepadanya insan yang selayak nya dengan nya.Tenyata aku bukan lah insan yang layak untuk hidup disisi nya ke akhir hayat ku.Aku redha dengan seikhlas hati.



Dan aku….I deserve someone that is MUCH MUCH better than him.Terima kasih atas segalannya.Kepada dia..U teach me a lots of thing in a hard way.I’ve learn a lot on that.Our memories together won’t remains in my heart.Aku doakan dia berbahagia dengan pilihan hati dan BERKEKALAN selamanya..



Saat ini aku lah insan yang paling beruntung dan bersyukur kerana Allah telah mengelakkan BALA terbesar dalam hidup ku.Kini segalanya telah berubah and I’ll become a woman with big heart ,high spirit.Aku terus melangkah maju menjadi seorang wanita yang berketrampilan,berkaliber dan dihormati oleh masyarakat.Aku telah buktikan tanpa dia aku boleh hidup dan memberi makna dalam hidup ku.



Dalam keheningan malam tanpa jemu aku berdoa dan tawakal semoga Allah pertemukan aku dengan insan yang akan menhargai ku ,menyanyangi aku dalam meneruskan dan memberikan hidup yang lebih indah untuk masa-masa mendatang.



Semoga doa ku dimakbulkan oleh NYA..Aminn………





LIVE.LIFE.ENJOY

Comments

Popular Posts