Nasi Lemak Pepagi Hari

Gambar Hiasan

Pagi nie teringin nak bfst  nasi lemak. Since dah beberapa lama bfst susu coklat ngan Rx-Lite ari nie ubah selera.Tempat biasa yang I pergi beli nasi lemak ialah dkt area seksyen 7 sebelah pintu belakang Uitm.Since dah lama x pergi sana so x tahu ler apa perkembangan terbaru.Apabila sampai jer kat sana aku nampak akak yang biasa aku beli nasi lemak nie agak lain dari biasa.

Apa yang lain?? Kakak nie berniaga nasik lemak bersama 2 orang anaknya.Satu masih baby duduk bawah meja gerai dia sambil main tupperware kosong.Plus ngan seorang anak yang mungkin dalam umur 7 tahun tgh duduk dekat tangga batu sambil makan nasi lemak dan bercakap sendiri.

Alahai ... sebak aku melihatnya,macam agak tak terurus pun ada jugak.Dengan anak nya lagi... nak bungkus nasi lemak sorang2 lagi.Mula-mula hajat nak beli nasi lemak nie tak jadi sebab dia sorang customer ramai.Tapi by the time sampai sana customer lain pun dah beredar.

Sempat la interview kakak tue..

"sorang jer kak ? x de assistant hari nie?"
"a'aah  sorang dik.. anak2 pun nak hantar orang jaga pun membazir ja... sebab sekejap sangat.jap lg tunggu abg balik bawa diorg balik rumah."

"Yelah akak kan.... betul jugak tue..Lagipun yang baby nie pun baik x de gi mana2..main dkt situ jer.. kalau dia dah tahu berjalan kelam kabut la jugak"

Lepas tue nasi lemak dihulurkan pada ku.
aku pun berlalu dan terus ke office.Dalam kereta aku terfikir.. itu dia pengorbanan seorang ibu dan seorang isteri sanggup bangun pagi awal masak nasik lemak , mana lagi nak uruskan rumah tangga dan anak.Tak ker dia risau sambil meniaga nak fikir keselamatan anak lagi.
Hai la .. insaf aku ... alhamdulillah aku masih ada kerja x perlu bersusah payah nak bangun awal2..syukur alhamdulillah jugak even mama di kategorikan sebagai ibu tunggal but masih ada kerjaya sebagai pekerja perkhidmatan awam.Dapat menguruskan kami dengan baik.Thanks mama.
Sebenar nya kalau hidup seseorang tue kehilangan bapa ngan kehilangan ibu lain.. maksud kehilangan (meninggal).. sebab kalau hilang bapak , mak boleh jaga lagi anak dengan sempurna, tapi kalau hilang mak, bapak tue tak tentu boleh jaga anak.. even dah kahwin lain pun.Even ada bapak esok2 anak2 mak lama nie mesti terbiar kurang perhatian dan kurang kasih sayang.
Kepada semua lelaki atau suami , boyfirend atau boyafren ,kekasih hati ..ingatlah wanita nie dicipta untuk menjadi seorang yang kuat dan multitasking.Hargailah mereka jangan sia-siakan hidup mereka.Jangan suka-suka korang jer nak salah kan perempuan sesuka hati ( x dinafikan mmg ada perempuan yang x bertimbnag rasa.. but itu kes lain).
Sebab wahai kaum lelaki syurga itu dibawah tapak kaki ibu.Haa.. ibu tue saper bukan wanita ker?So secara kesimpulannya tanpa wanita tiadalah lelaki ok..

Comments

Popular Posts