Skip to main content

Kenduri Pisang


Salam Pagi Jumaat. Semalam aku dah tergerak hati nak buat sedikit sumbangan a.k.a kenduri pisang kat opis. Since setiap jumaat adalah hari mendalami ilmu2 kerohanian so aku decided bg sumbangan masa tue la...
"Pasai apa dok x dok bg pisang nie?" 
" Aik.. mimpi apa semalam hari nie bagi pisang?"
Antara ayat2 yang bakal dikeluarkan oleh budak2 opis.. Kadang-kadang kita nie bila dah terniat baik buat ja. sebab aku dah terniat aku pun beli la pisang....
Lagipun aku salah satu cara nak mengucapkan rasa syukur aku dalam hati ini dengan cara yang termampu oleh ku.Nak berkongsi dengan ramai.Apa pun yang penting niat@nawaitu yang paling penting.


Since sharing is caring kat sini I letak la beberapa  fakta tentang pisang..







Fakta yang korang patut tahu ttg pisang

100 gram pisang menyediakan
• 1.2 gm protein
• 0.3 gm lemak
• 17 mg kalsium
• 78 mg karotin
• 88 mg kalium
• 27.2 gm karbohidrat
• 0.4 gm fiber
• 116 kcal tenaga.
(Sumber: Berita Harian, 1Jun 2007)


Selepas bijirin, pisang antara makanan yang kerap dijadikan makanan pertama bayi. Mudah dihadam, sangat berkhasiat dan rasanya lazat. Pisang adalah satu-satunya buah yang mengandungi kesemua vitamin penting A, B1, B2, B6 dan C. Pisang juga tinggi kandungan fiber, potassium dan magnesium.

Pisang juga mengandungi 2-3 kali ganda karbohidrat daripada buah-buahan lain, jadi ia tidak sesuai untuk mereka yang mengambil diet kurang karbohidrat, tetapi ia amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang aktif. Sesetengah orang menggelar pisang sebagai “anti-stress” kerana kandungan vitamin B6nya yang tinggi. Potassium pula membantu fungsi otak dan saraf.

Setelah membaca ini, kamu akan melihat kelebihan dari buah PISANG.

Buah Pisang : Mengandung tiga jenis gula semulajadi – Sukrosa, Fruktosa dan Glukosa yang dikombinasikan dgn FIBER, Pisang memberikan tambahan sokongan tenaga yg cukup banyak. Penelitan telah membuktikan bahwa dengan hanya dua buah pisang memberikan tenaga yang cukup utk kuat selama 90 menit. Tidak hairan mengapa pisang merupakan buah nombor satu yang banyak diambil oleh atlit dunia. Namun bukan hanya tenaga yg dihasilkan, buah pisang juga dapat menjaga tubuh selalu cergas. Dan membantu utk mencegah beberapa penyakit, diperlukan untuk menambah diet harian kita

Comments

Popular Posts