Friday, October 31, 2014

Char Koew Tiaw




.


Selalu makan char koew tiaw complete bersama dengan kerang dan udang . Tapi di kedai. Sejak saya allergy pada udang harapan nak menikmati char koew tiaw tidak kesampian. Peniaga kat luar semua goreng dulu udang dengan minyak untuk mendapatkan rasa manis air udang . Harus la tak dapat makan. 
Bila balik ke Penang hari tue jumpa kicap untuk Char koew tiaw. Details macam kat bawah. Sebotol boleh dapat banyak kicap . 




Nampak tak instruction yang diberi.

1 bahagian kicap + 3 bahagian air

So ratio 1:3

Banyak juga dapat . Rasa not bad... boleh la .. Juri awam komen  rasa sama macam kat kedai. Ok la tue . 
Jom tengok resepi :

1 orang makan ( Char koew tiaw kena masak 1 pinggan 1 pinggan if masak banyak tak sedap)

 200 gm koew tiaw besar 
1 sudu makan cili kisar ( lebihkan jika suka )
2 biji bawang putih di cincang 
Kicap char koew tiaw
udang 
kerang 
daun kucai 
taugeh
2 biji telur


Cara-cara:

  1. Tumis kan bawang putih dengan cili kisar. Api kena besar
  2. bila garing masukkan koew tiaw ( basuh dulu ok !)  kucai dan taugeh 
  3. Gaulkan  sekejap masukkan 2 senduk kecil kicap. Kalau nak basah banyak kuah letak kicap lebih. 
  4. Terus pecahkan telur 2 biji dan kacau cepat bila telur hampir masak tutup api. 
  5. Sedia untuk dihidangkan.








2 comments:

Rohani Hashim said...

Hany pun suka char kuew tiaw ni.haha tp hany malas nk buat slalu mkn kt kedai je.tp hany selalu mintak xnak kerang ;)

Abang Bear said...

puashati masak sendiri kan... letak lah apa nak letak... kalau takleh kerang ngan udang... gantikan ngan daging atau ayam

salam kenal