Thursday, June 19, 2014

Phuket Trip 2014


Ini nak cerita pasal trip ke Phuket on 03 March 2014 lepas. Tiket kami dah dibeli dalam bulan December 2013 lagi. Penerbangan dengan Malaysia Airlines. Flight seawal jam 4.30 pagi . Perjalanan selama 2 jam sangat lancar. Kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Brocolli dengan mushroom , telur hancur dan saute mushroom. OK jer makanan. 


Tiba di Phuket International Airport jam 6 pagi waktu tempatan. Masih gelap. Untuk jalan-jalan di Phuket kami dah sewa kereta melalui Rental Cars sebulan sebelum sampai sana. Kereta Nissan Teana - RM 257 untuk 3 hari. Pastikan bawak handphone yang reliable untuk guna GPS dan Google Map.
Time sampai tue terus ke Kaunter 24 hours Thai Rent A Car. Jangan lupa International Pasport untuk pemandu .Selesai dapat kereta semua beg loading dalam booth kereta.Maka kami bergerak terus pusing-pusing pekan Phuket. Time nie punya la mengantuk tak dapat nak cerita dan di bayangkan..

Terus ke Holiday Inn , Phuket. Staff kat sini sangat friendly walaupun kadang-kadang bercakap macam ayam dengan itik. Kami sampai pukul 9.30 am waktu Phuket.Minta check in awal. Kalau nak check in 10 am ada additional charges. Paling awal boleh check in is at 12 pm . Maka kami selesaikan urusan dan terus keluar semula cari brekafast di Phuket .

Below gambar dekat Holiday Inn Express, Phuket 



Swimming Pool 

Bilik 



 Jumpa satu kedai Muslim ada sediakan lauk nasi campur. Boleh lah layankan ajer. Kalau dah lapor kan. Makan dengan berselra saya order lauk ikan kengsom.Ikan direbus dengan ikan , cili , asam jawa dan daun kesum plus cili burung merah  kecik.. Perghhhh pedasssss .. Tapi sedappppppppppppp.

Perjalanan di teruskan ke destinasi seterus nya iaitu Kilang Cashew Nut. Sri Bhurappha Orchid , personally ,saya rasa mahal la even beli kat kilang. Maap no picture masa nie kepanasn tahap melampau ingat nak keluar dari kilang itu saja. Kat bawah En. el bersama dengan trade mark kilang  replika buah gajus merah .

Selesai  bershopping kami balik semula ke hotel untuk check in. Badan penant mata mengantuk . Balik hotel settle check in . Kami berehat sebelum continue the journey. Orang thailand yang kami jumpa semua baik-baik belaka. 
Sempat singgah Hard Rock Cafe, Phuket 

Lepas berehat kami terus ke Kok Chang Safari untuk Elephant Trekking . 
Harga untuk Elephant Trekking :
20 Minit trek - Yellow - 600THB per person
30 Minit trek - Yellow - 800THB per person
50 Minit trek - Yellow - 600THB per person
 
Experience yang menarik naik gajah. Tapi tak nak dah la naik gajah. Kesian gajah tue nak bawak 2 orang anak gajah atas dia. Seram jugak naik gajah nie sebab bila sampai dekat kaki bukit dan slope almost 45 degree. Boleh la pulak kan si gajah nie berhenti makan pucuk . Kami atas gajah tue rasa macam nak gugur jantung pun ada. So guide gajah kami seorang yang baik. Boleh berborak pasal sejarah gajah . He can speak English really well.
30 minit yang mendebarkan adernaline rush bagai . Kalau jatuh 10 kaki tinggi . Tapi kami selamat alhamdulillah.


Lepas tue jalan-jalan di Karon View Point . Karon view point adalah antara tempat yang menarik untuk lihat permandangan seluruh Phuket. Tengok la kat belakang tue dengan kebiruan airnya . Masyallah ciptaan yang maha kuasa . Tiada siapa yang dapat melawan nya .




Cruise dengan kereta jalan-jalan lagi jumpa this Karon Beach. Pantai dengan pasir yang sangat halus. Tenggelam kaki pijak pasir . Cantik sangat . 



Ini permandangan semasa nak balik ke Phuket Town. 

Malam tue aktiviti kami berjalan-jalan di Pasar Malam Phuket.

Phuket Weekend Market

Opening Hours: Saturday & Sunday from 16:00 til 21:00 
Location: Talad Tai Rot is located along Chao Fa West Road, Phuket’s main thoroughfare, one kilometre south of Central Festival shopping mall and is opposite Wat Naka, a Buddhist temple. Take a left at the first set of traffic lights. 

Since tempat nie sangat la besar. Kami hanya mampu cover separuh daripada Night Market . Tapi hasil nya tak kurang lumayan. Saya dapat beli Cover phone Samsung Note 2 pada harga 300 THB. Cover phone yang bling bling di belakang nya , borong silk shawl pada harga 150 THB .Ada 20 helai itu pun masih tak cukup , souvenier , key chain and fridge magnet bagai.

Malam tue  En. El tapau Pulut dengan Ayam Kampung Goreng dan air Calamansi . Memang terbaik . Semasa di sini  selalu di anggap seperti orang Thai bila semua orang Thai datang dan bercakap dalam bahasa Thai macam aku faham apa depa dok cakap. 



1 comment:

Rohani Hashim said...

lama hany xmuncul kt sini...seronoknya coti coti kan...