Secebis Rasa Segunung Kesyukuran

Laduree Singapore 


As salam ,

Lama sungguh tak menulis. Ok .. sedia maklum dengan kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai engineer dan juga Part-Time Home Baker. Alhamdulillah .. semua nya berjalan lancar cuma kadangkala masa dan rehat perlu di korbankan. I love my job .. I love my passion too.. "Baking ". Tak sangka sangat yang hobi dan try test menjadi serta menjadi kegemaran semua hinggalah menjadi perniagaan.

Alhamdulillah juga rezeki ini dari Allah rezeki selepas berkahwin. Mana sangka nak jadi entrepreneur kan? Sokongan dan dorongan bisnes partner dunia akhirat saya iaitu En. Suami turut melancarkan apa yang telah dimulakan. Dia lah store-keeper saya , dialah juga tukang beli barang di baker supplies,dia lah assistant setia membasuh dan mencuci bekas selepas selesai semuanya. Adakala kepenatan yang melampau membuatkan saya tertidur dan terpaksa meninggalkan En. El buat kek seorang diri.He also can baked, he can clean and he can measure the ingredients. Syukur Alhamdulillah juga kerana mendapat seorang suami yang semangatnya luar biasa, bantuan dan kerjanya ikhlas. Pernah juga takkala saya terlantar di hospital . En El terpaksa berhempas pulas untuk membakar cupcakes sebanyak 100 biji yang telah di tempah sebelum saya dipaksa masuk hospital. Kadang kala rindu bebelan En. El ketika membakar. Yup.. saya suka melawan memang sangat di akui tetapi deep inside saya terima teguran En. El. kerana  dia sangat teliti dari segi design, rasa dan juga presentation kek dan cupcake saya. Tanpa En. El bisnes kami tak sampai ke tahap sekarang. Alhamdulillah lagi kerana sudah genap setahun Bloom Bakes berada dalam market . Ternyata saya mendapat bisnes partner dlm Bloom Bakes yang cukup hebat .Gandingan kami memberi satu anjakan dalam kehidupan kami berdua. Thank you abang for being such a wonderful person in my life and a great great great business partner.

Terima Kasih juga untuk kedua-dua mama kami. Mama ( MIL ) saya kerana langsung tidak berkira tentang oven yang diguna , keserabutan rumah yang kami buat. Malah sentiasa memberi sokongan moral . Sanggup menemani saya membakar kek seorang diri ( bila En. El outstation atau balik lewat ) setia memanti dihujung meja dengan secawan teh panas dan remote Astro. Kami berborak panjang dan pelbagai cerita . Adakala mama sanggup turun padang membantu ketika tak menang tangan untuk siapkan order.
Mama ( my own mama) saya kerana memberi sokongan moral dan kewangan. Kewangan untuk membeli perkakasan membaking  Bloom Bakes.Serta doa dan moral support dari jauh. Check on me early morning when i have cake to bakes.Sebagai anak doa mama sentiasa di nantikan oleh kami.

Also to siblings (sisters and brothers) for your continuous support tak lupa juga to all loyal customers and new customers. Thank you thank you...

Check on our Bloom Bakes  blog for more info.






Comments

Popular Posts