Friday, September 21, 2012

Resepi Satay Goreng

Salam sayang , 


Weeee............... I'm back .. been so busy with the new office relocation and Hari Raya.. We have so much fun....Sebenar nya resepi nie dh buat semasa minggu pertama hari raya. My husband En El actually requested it for along time. It just that I'm too lazy or too busy to cook this for him. Quite and easy recipe to try. All u need is your time . Since this recipe required an overnight to marinated and to get the spice truly absorbed to the deepest part of the meat. 

Petua yang perlu ada nak buat resepi ini ialah kesabaran dalam memotong daging into bite pieces of meat  dan juga menyediakan bahan perapan. Ala bak kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih bukan? Jom layan gambar percubaan pertama satay goreng saya. Alhamdulillah berjaya.

Resepi ini di ambil dari page Jintan Manis , Kredit juga pada suami saya En El untuk photoshoot Satay Goreng.


Satay goreng nampak agak kehitaman kerana saya goreng agak lama seba risau daging tak masak.



Setelah di temukan jodoh dengan timun , kuah kacang dan nasi impit.



Ini pula satay goreng ayam.Pastikan ayam di goreng sekejap sahaja untuk mengelakkan dari keras.


Resepi Satay Goreng Ayam/Daging 
SATE GORENG
1 kilo paru/ayam/ daging/ apa-apa sahaja yang ada dalam simpanan anda
150 gram gula pasir
100 gram gula merah
100 gram madu
2 sudu kecil garam
3 sudu makan serbuk ketumbar - di sangai
2-3 sudu kecil serbuk jintan manis - di sangai
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
(Nota: Sebaik-baiknya bila kisar serbuk ketumbar dan jintan manis tu jangan sampai terlalu halus)
.
Bahan Kisar (tapi jangan sampai terlalu halus)
6 ulas bawang putih
1/2 ibujari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai- hiris nipis
1/2 jari kunyit hidup
.
Cara-cara
- Bersihkan ayam/ daging. Kalau guna paru, sila rebus paru hingga betul-betul lembut dan hiris sama saiz.
- Gaulkan dengan semua bahan yang lain. Sebatikan ia.
- Perap beberapa jam (semalaman lagi baik). Tapi Aisyah biasanya perap 2-3 jam je hehehehe
- Boleh gunakan beberapa cara untuk memasak sate ini:
(1) Goreng dengan minyak yang agak banyak di dalam kuali hingga garing
(2) Goreng tanpa minyak/ sedikit sahaja minyak di dalam kuali hingga garing
(3) Bakar dalam oven dengan sedikit minyak, pada suhu maksimum dan kacau-kacau sekejap-sekejap dan masak hingga agak garing.
Nota: Aisyah gunakan cara yang ke 3, sebab lebih mudah, dan nak la jugak ada rasa ala-ala panggang gitu hehehehe.
.
KUAH KACANG
Bahan-Bahan Kisar
10-15 biji cili kering ( di cuci dan potong-potong). tak perlu rendam dalam air panas
1.5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit belacan
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
.
Bahan Lain
250 gram kacang tanah yang telah di goreng (di tumbuk agak kasar)
3 keping biskut digestive (di tumbuk halus)
3 cawan air
Minyak secukupnya
1-2 sudu gula merah
gula pasir secukupnya
garam secukupnya
sedikit air asam (optional) - Aisyah tak letak pun
.
Cara-cara
- Kisar semua bahan kisar dan masuk dalam periuk. Masak atas api besar hingga air mengering.
- Masukkan minyak dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan kacang, biskut, air dan gula merah dan tambahkan minyak lagi supaya kuah tak hangus. Kacau dengan kerap.
- Masak dengan api kecil hingga kuah kacang sebati dan naik minyak
- Perasakan gula dan garamnya
(Nota: Biasanya kuah kacang ni Aisyah suka yang agak manis, jadi ikutlah citarasa masing-masing untuk letakkan kuantiti gulanya).
Hidangkan dengan nasi impit, mentimun, dan juga bawang yang dihiris baji.

Selamat Mencuba


No comments: