Monday, April 23, 2012

Perampok....... Perampok...



Salam Readers,



Thanks sebab masih sudi membaca blog yang tak seberapa nie. Nampak tak tajuk di atas. Sound harsh.. but its happens.Kisah sepejabat yang nampak simple kalau dah jadi tabiat buat orang sekeliling rasa sangat sentap dan annoying.Nak share sesuatu yang kadang-kadang dalam hidup nie kita tak sedar benda tue boleh buat kudis pada semua orang.

"Bebs.... Ko tengok la nie yang aku marah. Nak makan .. makan jer lah tak yah la kot nak bawak lari 1 tabung Pringles kat tempat dia. Orang lain nak makan jugak "

Si A ( tuan yang ambil Pringles )

" Fiza.. do you want some??.." Me " No thanks .. I dah kenyang .Dalam hati ( mak aiii dah ambil orang punya ko siap offer kat orang pulak.

" Girlssss.... ambil la nie Pringles munch it while you all chit chatting"Me dalam hati ( offer orang lain plak .... dah la tuannya x bagi consent)"


Itu ada 3 senario yang berlaku pagi tadi.

Sebenarnya..tiada orang di dunia ini yang sangat kejam kalau orang minta makanan kita tak bagi.Senario di pejabat biasala . Kadang ada hamper kadang ada yang bersedekah maksudnya untuk dimakan beramai-ramai . Sharing is caring bak kata orang putih. Untuk pejabat saya kami ada beberapa seksyen a.k.a unit. Minggu lepas ada event anjuan department dan memboleh kan  semua orang dapat hamper seorang satu unit. Maka unit C nie seperti biasa buka hamper dan di kongsi bersama rakan unit2 lain juga.

Siapa yang lalu di depan di unit tue pasti di sapa dengan jemputan untuk menikmati bersama rezeki yang ada. Seperti biasa semua datang umpama kelkatu yang hinggap.Singgah sebentar makan dan pulang.Tapi berlainan pula dengan tuan A nie. Datang , pilih , komen dan TAWAN... Hahahaha tawan .. tawan bawak balik temapt sendiri la. The best part ambil yang sedap jer. Yang tak sedap tinggal la situ buat orang lain.

Apa yang saya nak tekan kan kat sini budi bahasa dan adab kita dengan masyarakat sekeliling. Kalau orang memberi kita merasa bukan buat harta. Gitulah konsepnya.Tak salah kita nak makan . Minta izin .. Ringan kan mulut. Waima.. kadang2 tuan makanan dah bagi izin . Makan lah tak siapa marah cuma berpada-pada. Sebab tue lah munculnya istilah makan ingat orang belakang jugak... Adab melayu mengajar kita agar bila buat sesuatu jangan lupa yang tuan nya juga masih ingin merasa atau belum lagi merasa.Lembut dan sopan nya bila kita mengikut adat lama ini.
Dengan itu tak kan lah terjadinya makan tak puas atau hilang keikhlasan memberi. Kekadang makanan yang nampak simple macam nasi goreng. Pada kita mungkin ianya sekadar nasi goreng yang dimakan untuk sarapan.Tapi empunya diri tak nak berkongsi kerana ianya amat bermakna dalam hidup . Ntah -ntah itu masakan suami untuk sang isteri buat pertama kali dalam hidup. Atau nasi goreng yang memang sangat lama di idamkan untuk makan.So bertimbang rasa lah. Nak nak kalau bekas nasinya hanya sekadar bekas kecil tau fo fa. Mana kita tahu mungkin itu bekalnya untuk hari tue. Dah kurang sen dan kena berjimat. Habis orang tue makan tak kenyang la dah ko tolong bedalkan sekali. Sekali lagi bertimbang rasa lah insan.Kekadang yang dalam mulut pun boleh ambil lagi. Tapi anggap saja benda tue bukan rezeki kamu.
Untuk insan -insan yang merasakan diri seperti di atas. Bertimbang rasa lah beradab sopan lah kerana kekadang perbuatan kita menyebabkan orang mengata dan bersumpah seranah di dalam hati.Sendiri malu nanti bila nampak kita jer.. dah berbisik.. "sorok makanan.. sorok makanan" ..Rupanya sangat tak indah di mana kat mana ada makanan di situlah ada kamu.. Umpama semut di mana  ada semut di situlah ada gula.

Salam sayang dari saya. Ingatan untuk diri saya juga nie hidup kena considerate dan bertimbang rasa guna akal untuk berfikir.

Loves....


No comments: