Soalan Bocor Temuduga Kahwin Pulau Pinang



Dear My Lovely Readers and Silent Readers,

Petang nie agak panas. Serius panas… sepanas otak ku berfikir. Persiapan sedang giat dilakukan. Waima di tempat kerja pun masih memikirkan apa lagi yang perlu dilengkapkan untuk majlis nanti. This time saya nak share pengalaman saya submit borang kebenaran nikah dan kahwin untuk Pulau Pinang.
Mood nak kerja?? Dah pasti dah ke laut nie. Pagi-pagi dah selesaikan beberapa perkara penting berkenaan kerja dan petang macam biasa skrang nie time memikir.Hahahaha banyak memikir pun banyak jugak masalahnya kan…
Pertama :
Borang dah di ambil oleh mama saya sejak awal lagi. Segala nya perlu disi ,maklumat lengkap pengantin lelaki dan pengantin perempuan kena isi. Serisu macam tak percaya weih saya tengah isi borang kahwin. Make sure segala dokumen perlu di attached .
·         IC pengantin perempuan dan pengantin lelaki
·         Surat nikah ibu dan bapa
·         Sijil perkahwinan asal & salinan pengantin lelaki dan perempuan
·         Sijil Kematian ( bagi yang bapa yang dah meninggal ) atau IC wali
·         Surat pengakuan bujang  ( yang nie kalau pemohon adalah perempuan yang lelaki perlu mendapatkan surat pengesahan bujang dari negeri masing2)
·         Keputusan HIV test

*Kalau saya miss apa2 minta jasa baik tolong tambah.
Kedua :

Bila semuanya dah lengkap hantar ke pejabat agama masing-masing. Nanti dah siap dia kan suruh jumpa ustaz ataupun jumpa penemuduga. Wahhh nak kahwin pun kena temuduga ok.Bukan senang2 nak kahwin . Sebab nak pastikan yang kita nie dah bersedia atau tidak.
Masa time saya mula-mula saya masuk saya ada beberapa soalan sebelum proceed interview. Iaitu soalan berkenaan wali . So yang nie satgi saya explain kat bawah.
Kat bawah nie soalan bocor yang biasanya akan di tanya semasa temuduga.
      
1.      ·  Istighfar
          Al-Fatihah
3.      ·  Lafaz dan erti syahadah
4.      ·  Selawat Nabi s.a.w.
5.      ·  Rukun Islam
6.      ·  Rukun Iman
7.      ·  Rukun nikah
8.      ·  Fardu wuduk/membatalkan wuduk
9.      ·  Jenis dan bahagian air
10.  ·  Sebab dan mandi wajib
11.  ·  Hukum haidh/nifas dan istihadah
12.  ·  Waktu-waktu sembahyang
13.  ·  Sebab-sebab hadas besar dan kecil
14.  ·  Jumlah rakaat dan tahiyatnya
15.  ·  Rukun sembahyang
16.  ·  Aurat lelaki dan perempuan
17.  ·  Lafaz mandi hadas besar dan kecil
18.  ·  Baca surah al-Fatihah
19.  ·  Baca qunut
20.  ·  Baca tahiyat awal dan akhir
21.  ·  Tanggungjawab suami dan isteri
22.  ·  Siapakah yang boleh memberi talak
23.  ·  Waktu Haram untuk bersetubuh
24.   ·  Soalan tambahan jika perlu.
25.           Talak
Yang mana yang saya tanda merahkan adalah soalan yang di soal pada saya.Untuk istigfar jangan lupa istigfar nie istigfar yang panjang jangan baca yang pendek jer ingat sekali dengan maksudnya .
Rukun islam ustaz tue tak tanya saya semua dia tanya saya Rukun Islam No.2 apa dia?
Saya jawab Solat Lima Waktu . Terus ustaz tue jawab betul kita nie kena solat supaya isteri dapat mendokan suami . Suami pula dapat mendoakan isteri agar rumah tangga kekal bahagia ke akhir hayat.
Bila ustaz tanya tentang waktu haram bersetubuh dengan confident nya saya jawab satu persatu. Tapi tertinggal time puasa
“ Bulan puasa boleh bersetubuh ker tidak ?”
“Tak boleh ustaz”
‘Siang ke malam “
“ Malam… “
“ Haaa… betul2 …” kata ustaz
“ Eh silap ustaz malam boleh siang tak boleh “
“ Baik… jangan silap nanti siang pun ON “
Adeh .. malu nya…

Hahahahah lepas tue saya dapat keputusan ada tiga rating kat situ BAIK/ SEDERHANA / LEMAH .Alhamdulillah saya berjaya score untuk yang BAIK.
Sebenarnya kalau hari-hari kita buat benda yang dituntut tiada masalah dalam nak menjawab soalan-soalan bocor yg di tanya.




Ketiga : Wali

Saya dah tiada wali kuat maksudnya ayah saya dah meninggal begitu juga pakcik-pakcik saya.Saya hanya ada sepupu untuk mewalikan saya. Hajat di hati adalah nak guna wali hakim. Tapi wali hakim nie tak semudah yang kita sangka. Walaupun sepupu saya adalah wali yang tak kuat tetap saya kena guna sepupu untuk mewalikan saya. Tak de option lain dek non…. Sebanya selagi korang ada wali bau-bau taik ayam sekalipun ustaz tetap nak guna sepupu sebagai wali. Agak kecewa di situ hokeh.
Tapi allah permudahkan segalanya untuk saya berkenaan wali dapat diselesaikan dengan lancar . Semoga masa pernikahan saya nanti akan berjalan dengan smooth dan mudah.
So akhir kata to all pengantin semua .
 Bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal tiba. 

Comments

Popular Posts