Wednesday, February 15, 2012

Quick Updated for 2 days

Salam peeps,
Layankan tengok gambo california roll nie. 


Hari yang sungguh mencabar jiwa dan mental hari ini. Banyak nya kerja.... Sebelum nie jauh2 lagi dr tarikh kahwin takde pun kerja yang urgent.Tapi sekarang masyallah dugaan dugaan. Dalam ketenangan ada jua keresahan . Apa nak buat redha ajer la kan. Semalam saya ber outstation ke Jasin , Melaka. Balik rumah ingat nak rehat. Tak jadi rehat still sorting kad-kad yang terakhir pada penerimanya. Geduk gedebak dah malam siap-siap ajak Yat keluar ( ex-housemate ) keluar temankan. Selesai semuanya g makan-makan dekat Sec 13 bersama dengan beberapa nasihat orang yang berpengalaman dalam rumah tangga . Walaupun tak lama tapi cukup lah memberi panduan untuk saya yang baru nak melangkah ke sana tak lama lagi.

Hari nie masuk office dah ting tong tapi banyak keje nak buat nie. Tak terdaya hinggakan ada fren tegur, You look sangat serabut today dengan tudung dan muka yang tak bermake up lansung,Ok fine memang i serabut. Serabut dengan bos , serabut dengan kerja , serabut dengan hal nak kahwin dan kepenatan. Uolsss.. untuk orang yang macam i nie. Outstation selalu sangat2 pun tak best ok. Sebab bila outstation kena masuk opis the next day sangat tak "IN" . Dek kerana tahap kepenatan yang agak melampau hari nije. Maka makan tengah hari saya dihabiskan dengan massange shoulder and back dekat Manjakaki Carrefour Subang Jaya. RM30 per 30 minit. Belasah jer labu asalkan badan tak sakit2. It works.. cuma yang tak tahan tue bila dia bagi complimentary cupping untuk buang angin katanya.Bila balik malam nie tengok belakang badan dah penuh dengan bekas cupping .. Hmmmmm.... layankan jer..

Saya beli Groupon untuk Tony Romas Ribs. Nasib kurang baik hari nie beli ribs duit deduct tapi groupon nya tiada. so masih menunggu Groupon nya support group untuk settlekan masalah nie, Hopefully saya ddapat refund balik.

Sambil menulis entry ambil dengar lagu-lagu wedding dari Martha Stewart Wedding. Arakian teringin nak pasang semua lagu-lagu nie tapi En Tunang suruh pasang gamelan sepanjang masa . Aduyai... camno.. tak per x nak serabut kan kepala otak yang penting sekarang selesaikan benda yang penting dulu.Sekarang plak dah jatuh cinta dengan Everything- Micheal Buble. Tiba-tiba feeling lebih plak pasal my big day nanti berangan la jap kan ... kasik chance la nak feeling romantik2 masa kahwin nanti.

Alhamdulillah , cuti I dah APPROVE.. Love u la bos walaupun u selalu buat i sakit jiwa tapi kali nie this cuti mean everything to me bos.. Siap bos tanya lagi mana nak honeymoon. Aiyakkk... rileks la boss.. You nak sponsor i nya honeymoon ker?.. Berangan lagi la kan... Last-last minit  sekarang nie nothing much i can do on myself hanyalah yang mampu untuk menjaga pemakanan dan kesihatan hopefully nanti on my W-Day i look cantik gergous and stunning dan berseri-seri lain dari hari biasa.

Next week adalah hari paling. Isnin outstation ke Teluk Intan , Perak . Selasa ke Chaah , Johor dan Rabu  baik hari ke Penang untuk fitting baju. Khamis balik ker KL dan Sabtu saya harus pulang dengan segera ke Penang untuk mula menguruskan semuanya. Yes everything about Wedding. Ya Allah permudahkan lah segalanya untuk Ku.

Fitting pun satu hal jugak. Masa balik raya cina katanya dah boleh siap and fitting ini bila pergi tak de pulak. Haishhhhh pastu cakap lepas 18hb plak. Ok saya masih boleh bersabar . So sabar jerlah hopefully by next week semuanya akan selesai . Mudah-mudahan Aminnnnnnnnnnn

So far that is my updates terkini tentang apa yang berlaku dalam hidup saya . Jumpa lagi lain entry.

Love You all....


No comments: