Monday, September 5, 2011

Pesan ayah dan Hari Raya ke-6 yang x best.

Salam readers & silent readers ,



Hari Raya kali ini saya diuji lagi dengan perangai manusia yang  penuh hasad dengki dan iri hati .Alhamdulillah tahap kesabaran saya masih tinggi dan tuhan yang menguji mengetahui kemampuan saya untuk menerima ujian NYA kali ini. Jangan sangka sepupu terdekat semua nya baik dengan kita. Ada yang dah berumah tangga , dah berjaya dan berjaya so and so ajer.

Situasi nya begini :

Situasi Pertama .

Tiba -tiba anak saudara ayah datang berhari raya di rumah. Tak pernah datang x pernah pun jejak ke teratak buruk kami. Semasa arwah ayah masih hidup mahu pun arwah dah pergi meninggalkan kami. Mahupun lepas dia dah berkahwin. Adat keluarga saya sebelah ibu. Jika dah berkahwin biasanya pengantin baru akan datang melawat sanak saudara terdekat untuk mengenalkan menantu.
Berprasangka baik .. Mungkin dah berubah.Setelah lama berkahwin bersama 2 orang anak. Kami menerima kedatangan dia dengan hati terbuka. Bersembang ala kadar terpacul soalan pertama: 

Eh hang nie dah gemuk la ... makin besaq ?... Sambil ketawa berdekah-dekah .
Ada aku kesah aku besaq bukan mintak duit dengan hang nak makan. 

Tahu tak itu adalah soalan sensitif untuk seorang perempuan . Ada ko tahu aku nie tengah struggle dengan penyakit .Malas nak citer bila cakap dengan orang bodoh.

Soalan kedua :

Hang bila nak menikah nie ?
Insyallah awal tahun depan kahwin lah.

Ya ka ... Hahahahahahah
 (tersenyum sinis sambil memandang kepada bini dia ). Dua - dua pun lepas tue ketawa sinis kepada saya.

Apa masalah nya? Apa sebab ko ketawa macam tue? Sebab aku dah 3-series tak kahwin kahwin lagi? Sebab hang dah kahwin hang dah rasa hebat. OR  sebab dalam hati berkata dah gemuk mana nak boleh kahwin x dak sapa mau. 
Hoihhhhhh........... ingat aku LOW CLASS ka!!!!!!

Seterusnya dia pulang. Seperti biasa saya nie malas nak layan soalan2 bodoh dia . Saya hulurkan duit raya untuk anak - anak dia. Adik saya pun sama menghulurkan duit raya kepada anak-anak dia . Mama saya pun sama menghulurkan duit raya kepada dia..  dia blah dan terus berlalu begitu sahaja. 
nak menyakitkan hati aku. At least aku kahwin lambat aku ada pencapaian dalam hidup .Aku dah berjaya buat arwah ayah aku bangga. 

Hang apa ada?


Situasi Kedua :

Raya ke-6 kami menerima jemputan dari Aunty A untuk BBQ di rumah. Dengan berat hati saya melangkah sebabnya macam dah tahu apa nak jadi. Sempat saya racun adik saya yang bongsu untuk makan nasi kandaq before sampai ke sana dek kerana malas nak sampai awal dan biasanya kami x makan pun di sana. Lepas makan nasi kandaq perjalanan kami diteruskan.Sampai sana tiada tetamu yang hadir lagi. So rileks2 lepak2 macam tetamu la kan.Tiba masa nya semua tetamu sampai. Masa kami sampai Uncle P  beritahu cucu dia ada kat dalam bilik. Kami menjawab owhhh... ye ke...

Cucu Uncle P tue anak kepada sepupu saya yang sorang nie biarlah saya namakan dia Z. 
Z nie sejarahnya  pernah kami belajar sama ITM dulu . 
Nak dijadikan cerita saya kantoi tengah jalan dan terpaksa repeat paper. So dia grad dulu. Saya ketinggalan . Perjuangan saya untuk belajar diteruskan juga.akhirnya saya belajar. Belajar dan terus belajar  dan akhirnya saya berjaya dapat kerja pertama di Kilang A. 
Si Z nie pula dah berjaya dapat kerja sebagai jurutera dengan syarikat  contractor kepada syarikat air kat Selangor. Masa tue Z nie dah beli kereta Perodua. Mesti la nak bertanyakan sebab saya pun nak beli kereta juga masa tue. Tengah survey orang kata.Saya pun bertanya pada Z . Soalan seorang sepupu kepada seorang sepupu. 

Owhh.. dah beli kereta? Berapa bayaran duit muka ?
RM5K .. sepatah jer jawab
owhhh.. jawab saya. Berapa lama simpan duit
 ( saya tanya soalan tue dengan niat nak budget la berapa saya boleh simpan sebulan nak depositkan duit kereta)

Duit sendiri la simpan .... 
( eh x menjawab soalan la pulak kan) 
dengan muka yang menjengkelkan , muka aku hebat ok dan malas nak layan saya. faham la saya ketika itu.

Masa tue dalam hati x pe lah dia kan keje dengan syarikat contractor  hebat la tue. 

Tak lama selepas itu di takdirkan pula .. Rezeki saya ..saya dapat memiliki kereta Proton. Bila hari raya saya bertandang ker rumah Z . Dia tanya  mama

Eh ... mak ndak dah tukar kereta ker?
Mama saya jawab :
Tak la bukan kereta mak ndak kereta Fiza dia baru beli. 

Tak kala itu saya dapat lihat muka dia terus berubah kelam kusam dan terus berlalu dari ruang tamu. Sejak dari hari itu dia memang dah tak bercakap dengan saya. 

Tahun berganti dan di takdirkan rezeki saya tiba untuk mengupgradekan diri. Alhamdulillah saya berjaya bertukar kerja ker syarikat SD.Yang jauh lebih baik dari company sebelum nie. 

Hari raya seterusnya seperti biasa kami berhari raya ke rumah Z. Kali nie Z dah bekeluarga. Aunty  A saya pun bertanya :
Fiza , kerja kat mana sekarang ?

Fiza kerja dekat SD skrang.
Owhhh ... SD bagus company tue .Well known..

Seketika itu Z terus masuk ke dalam bilik. Seperti biasa tak bercakap dengan saya . 

Hari Raya kali nie ketika saya attend BBQ di rumah Z. Dia nampak saya sampai dia terus patah balik masuk dalam rumah tak keluar sampai saya balik.

Yang bestnya ketika mama saya sampai. 

"Eh mak ndak .. mak ndak keje sekarang nie kan.. mesti banyak duit .. boleh la bagi duit raya ?"


Apa masalah ko nie.... Rasa diri hebat? atau malu alah diri sendiri sebab pandang Fiza sebelah mata .Atau ko memang perangai macam tue tak boleh tengok orang lebih.


Kaitan nya dengan tajuk entry ?

Sebelum arwah ayah meninggalkan kami . Dia berpesan pada adik -adik ( ketika itu saya di UITM ayah sakit tenat di hospital )

" Ayah nak hampa semua jadi orang berguna. Jangan hampakan ayah "

Itu sahaja pesanan ayah pada kami berempat. Pesanan yang ringkas tapi impak yang sangat mendalam terutamanya pada waktu sekarang.

Mungkin ayah dah tahu ayah dah nampak apa yang bakal terjadi pada kami semasa dia dah tiada di dunia ini. 

Dia tahu macamana perangai adik-adik nya yang sanggup makan harta anak yatim yang sanggup halau kami keluar dari rumah kami sendiri ketika kubur ayah masih merah.

Dia tahu bagaimana orang akan memperlekehkan anak -anak ayah bila semua tak menjadi orang berguna tak menjadi seseorang yang berjaya. 

Dia tahu bagaimana caranya untuk memberi kan pengajaran dan membuka mata anak - anak saudara dan adik -adik nya yang kami adik  beradik insan yang kuat dan tabah dalam mengharungi hidup dan masih boleh berjaya.

Dia tahu bila anak-anak ayah berjaya pasti mampu nak membela nasib keluarga kami dan menjaga mama dari disakiti dan di kasari hatinya oleh ipar duai.

Ayah ,
 Alhamdulillah kami semua dah menunaikan hasrat ayah untuk menjadi orang berguna . Anak-anak ayah semua dah berjaya dalam bidang pilihan masing-masing. Syukur ayah kami semua dah mampu buat adik-adik ayah buka mata yang kami nie berguna dan tak biarkan anak-anak saudara ayah pandang kami sebelah mata lagi.
Syukur juga ayah,
  kakak dah jadi Engineer walaupun x menjadi Lawyer seperti yang ayah nak.
 Angah dah kerja dengan kerajaan dengan anak-anak yang comel .
Baby dah jadi PR Exec di Syarikat Air ( bukan sekadar kontartor syarikat air ) dan tengah nak habiskan Master.
Adik dah nak habis belajar dekat nursing college end year dan insyallah dia sambung lagi ambil degree nursing.
Semoga roh ayah tenang di sana dan dicucuri rahmat. 

Al-Fatihah

p/s : Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan.


2 comments:

nuhaz said...

biasala fiza..org2 suke dengki kt org mmg cmtu..ade je soalan yg nk sakitkan hati kite..xperla jnji kite bahagia ngn cara hidup kite n dapat buktikan kite leh wat yg lebih baik dari dia kn??

Fiza Amran said...

itu yang betul .. alhamdulillah semoga allah bantu kita yang di tindas...

thanks zila