Monday, August 29, 2011

Mood Raya .....

Salam 29 Ramadhan,

Good morning Malaysia ... Ada ker orang yang baca blog i nie.. Mesti semua sibuk mengemas memasak dan sebagainya.Saya pun sama kononnya sibuk mengemas padahal dok mengadap lappy lagi nie hahahahaha harus kena marah sat lagi kerja x jalan-jalan lagi. rileks arr i kan speedy sat ja semua settle nak start tue jer yang lambat.

Ketika ini ,  adik yang bongsu tengah sibuk menyiapkan task beliau iaitu mencuci porch dah kemas hall...yang 2nd last seperti biasa masih lena di ulit mimpi.. adik yang 2nd dah kahwin daa.... tapi biasanya dia akan dtg settle kan bahagain potong rumput dan mengemas disekeliling rumah. dan saya pula mesti lah part kitchen yang sememangnya paling banyak nak kemas time raya .Oh ya adik2 saya semua perempuan. Bab membaking kek , memasak rendang memang itu i nya kerja.

Ketupat daun palas biasanya kami makan di utara nie. Selalu buat sendiri since 5 tahun kebelakangan ini selalunya ketupat akan basi selepas bersusah payah buat kerana raya pertama berjalan ke rumah sanak saudara dari pagi sampai malam.Balik2 ketupat dan rendang sudah spoiled.... So decision nya kami hanya beli yang dah half co0ked masak atau lemang just untuk makan breakfast pagi raya.

Kami berhari raya dari hari raya pertama hinggalah raya ketiga.Berjalan from north to south... Raya keempat kami dah ada dirumah ketika ini lah sesi kawan-kawan saya dan adik -adik berkunjung bermula. Dalam erti kata lain open house ... Tapi bukan setiap tahun kami buat. Tengok pada kerajinan.hehehehehhehe

Dulu masa ada arwah ayah pasti kami nyalakan pelita . Tapi bila dah besar nie  macam tiada siapa pun yang gagah nak buat semua tue.. Sebabnya kami hanya akan ada paling awal 3 hari sebelum raya. insyallah kita cuba tahun depan . Insyallah pasti ahli keluarga akan bertambah dan lebih meriah.


Di kesempatan ini  saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  Maaf zahir dan Batin pada semua yang mengenali saya. Ampun dipohon jika sepanjang penulisan ini ada yang terguris hati dan terkecil hati dengan saya. Yang pasti yang baik itu dari Allah yang buruk dari saya sendiri.






No comments: