Kegigihan masak menu sahur Ramadhan 19

Hye peeps ,

Lama gak tak updated pasal masak-memasak kat sini. Nak tahu citer tak .. Sabtu lepas dengan penuh kegigihan memasak untuk sahur. Sebenarnya , i'm not a sahur person means bangun sahur and nak makan berat2 di subuh hari.Bila Cik El kejut masa sahur .. makan kurma minum air sambung syodo.. Hahahahaha buruk perangai kan.

Nak dijadikan cerita tetiba teringin sangat nak makan Kari Sardin  resepi arwah tok .. Huarghhhhh tok miss your cooking. So nak kena team kan dengan sayur tauge spring onion dan telur dadar ayam. Haaa...... gigih kan... Pastu makan sejemput jer esok pagi terus sakit teyut... Huhuhuhu sebabnya x biasa nak makan pagi2 cenggitu...


Jom tengok resepi:

Kari Sardin 

1 tin sardin
2 sudu makan kari ikan ( rempah nie beli rempah timbang  * selalu kat penang banyak )
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih- di hiris
1 sudu asam jawa
Minyak untuk menumis

Cara- Cara :


  • Tumis bawang besar dan bawang putih sampai garing
  • Masukkan rempah kari dan asam jawa. Goreng sampai pecah minyak.
  • Masukkan sardin dan bawang yang dihiris kasar sebagai rampai
  • Sedia untuk di hidang

Taugeh Spring Onion

1 mangkuk kecil taugeh
2 batang spring onions ( daun bawang )
1 sudu  kecil sos tiram
1 ulas bawang putih

Kaedah :
  • Tumis bawang putih dan terus masukkan taugeh ,  spring onion , sos tiram . Kacau sekejap dan angkat 
* Tiada garam sebab sos tiram dah letak. Kurangkan garam dalam pemakanan.



Telur Dadar Ayam

1 biji telur size A
3 sudu isi ayam yang direbus dan diracik.
Bawang besar - di hiris
Cili padi - dihirs

Kaedah :


  • Campur semua dan goreng dgn api yang sederhana besar
* x letak garam jugak sebab before this masak time puasa telur dadar tue jadi masin gila .. hahahaha



 So .. nanti i share cookies yang i buat untuk raya nie. 2 jenis jer..I need  my toy to motivated me baking . Kitchen aids mixer and big oven...

Take Care





Comments

Q said…
Terliur tengok sardin tu..hihi Im not a fan of sardin, tapi kadang2 bleh teringin plak..memang masyuk mkn dengan telur dadar!!!:D
Fiza Amran said…
sekali sekala tukar menu kan.. ok jugak tue.. me either not a fan off sardin

Popular Posts