Sunday, May 22, 2011

Rezeki Tuhan pada Hambanya...

Salam Sayang,

Lama kot x updates  blog nie.. Tuntutan kerja yang tidak memungkinkan saya untuk terus connected and enjoy di blog buat masa nie... Insyallah by June boleh bersiaran seperti biasa.

Terkadang bila menengok status FB ada macam2.. yang meluahkan perasaan , yang sekadar berkongsi info dan ada juga yang mengucap syukur  DAN tak kurang juga yang MENUNJUK2 a.k.a SOMBONG , RIAK dan BONGKAK. Serta meng TAG gambar pada insan terpilih dgn bermaksud untuk menyakitkan hati atau cuba memberitahu insan terpilih " Lihat lah dunia betapa sombong dan bongkak nya aku ".Tapi itu lah lumrah keidupan tak smeua manusia itu hati budinya sama. Tak semua manusia itu ikhlas dalam perbuatanya.

Berbalik pada rezeki tuhan sekadar nak berkongsi dengan apa yang berlaku di sekeliling. Rezeki "Tuhan pada hambanya sangat meluas.... bermacam -macam cara dan bermacam -macam bentuk .Kita hambanya ini perlu berusaha supaya setiap rezeki itu ada dan berdoa semoga rezeki dipermudahkan..

Mungkin pada masa sekarang seseorang itu nampak seperti looser... Nothing can make him adorable or he has nothing no luxury cars no great job... x de rumah banglo bertingkat-tingkat malah  gaji pun sekadar cukup2 makan jer.Tapi apakah hak kita untk menghakimi insan tersebut siapa kta nak menentukan adakah dia seorang looser atau pun x layak untuk berkawan dengan kita mahupun dijadikan bahan cacian dan perli.

Rezeki tuahn itu luas , x perlu kita menbanggakan diri dan sombong serta gah menunujukan harta kita yang x seberapa kerana harta Allah lagi maha kaya.Kerana Allah itu menguji kamu dengan kekayaan dan wang ringgit harta di dunia, Bila Kun Fayakun .. Maka jadi jadilah ia. Harta setinggi gunung sekali pun boleh runtuh kekayaan dan harta serta kejayaan yang ada pun boleh di tarik balik dek kerana kesombongan manusia dan dgn sifat bongkak dan riak dalam diri.

Insan yang looser sekalipun jika Allah mahu kan ianya Kun Fayakun maka jadilah dia insan yang paling berjaya dan insan yang tiada apa2 kepada insan yang punya segalanya.Jadi siapakah kita untuk memerli dan memandang sinis pada insan seperti ini. siapa kita yang nak menentukan hidupnya siapa kita yang boleh suka2 nak buat apa saja.Senyap x semestinya suka dan senyap x semestinya insan itu x punya apa-apa.

Alhamdulillah , di kalangan rakan saya dan sahabat kebanyakkan nya tidak tergolong dalam kategori ini.Kategori sombong dan bongkak malah mereka ini sentiasa dipermudahkan rezeki. Rezeki melimpah ruah.Tapi x pernah pun nak updates status FB mcm nie .. "I have BMW .. Korang ada ??? " atau " Bye2 Jaguar Welcome Bently " ... Ketawa berdekah -dekah kalau saya tgk status yang sebegini. Manusia begini x sedar semua itu hanya pinjaman.Mungkin akan ada orang yang cakap saya dengki iri hati dan sebagainya . Tapi ini bukan isu dengki sebenarnya , Ini lebih kepada isu hubungan kita sesama manusia.. Kata-kata kita mungkin memberikan inspirasi kepada insan yang lain dan x mustahil juga membuatkan orang terasa dirinya sangat tak berguna.

Bagi saya isu sebegini terpulang kepada individu itu untuk melihatnya dari sudut positif atau negatif yang pasti semua ini rezeki dari tuhan di atas segala ujian yang dilalui oleh hambanya.

1 comment:

Zainatul Emelia said...

well said fiza... :)