Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru.....Azam apa tahun nie??


Salam akhir 2010 ,

 " Anda adalah musuh pada diri anda sendiri kerana apa yang berlaku sebenarnya adalah pilihan anda sendiri"

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 2011 kan.. dengan ini juga secara rasminya jugak saya bakal meninggalkan angka 2 series yang selama ini saya pegang.. Dengan masuk nya 2011 maka saya akan memasuki angka 3 series. Tapi itulah kehidupan kan... suka atau tidak memang kena melalui nya .. Apa pencapaian anda setakat ini???? Azam dah tercapai kah ??? 

Tipikal azam setiap tahun : 

Kuruskan badan ( yg nie semua sama rasanya ) , Yang berjaya tahniah saya ucapkan sebab azam nan satu nie masih gagal lagi. ahaksssss.
Dan macam -macam lagi lah .. ikut kesesuian semua orang. Mengikut seorang professor untuk tetapkan azam nie senang jer go by kategori. Jika anda seorang ibu apa azam yang anda ingin capai sebagai seorang ibu. Dan seterusnya jugak azam dalan karier ,kehidupan , perhubungan , dan sebagainya . Apa pun azam anda yang pasti setiap azam itu pasti akan memabawa benda yang positif dalam kehidupan. 

Cabaran setiap tahun ialah dalam mencapai azam. Jadikan cabaran itu sebagai satu motivasi untuk terus bangun dan mengharungi cabaran bukan melemahkan diri anda.Permulaan yang baik baik ialah perubahan kecil dalam setiap perkara kerana ianya akan lebih konsisten. Kalau perubahan drastik selalunya akan terputus di tengah jalan kerana isu nya kadang kala tidak realistik .

Usah di kenang barang yang lepas .. maksudnya jadikan azam yang lepas itu sebagai teladan bukan menjadikan azam yang tidak berjaya itu sebagai pelemah semangat .Sekiranya masih ada yang belum selesai tutup buku dan mulakan yang baru . Kan lebih bermakna .. sebab setiap kejadian berlaku dengan hikmahnya.

Seperti biasa saya  sendiri mempunyai azam tersendiri , x sama dengan yang lain .. nak tengok azam saya kali ini:


  1. Belajar menjadi seorang yang lebih sabar dalam apa jua keadaan. Stay cool fiza... Sebab bila cepat tempered nie banyak ion 2 negatip nie terhasil maka jadinya banyak penyakit jugak akan dihidapi terutamanya tentang hyper tensi. 
  2. Kuruskan badan la  apa lagi .. heheehhe berat naik mendadak dek kerana tidak menjaga pemakanan lansung tahun nie. Aku tak nak obese forever.Kuat kan semangat kuat kan azam.Mengah la k chik naik tangga pun.. Jom sama2 join saya.
  3. Berhenti mengumpat .. Alhamdulillah setakat nie 2010 pencapain terbaik saya berjaya tidak mengumpat 60% dr biasa. Tahun nie cukupkan 100%. Faktor yang menjadikan orang kurang produktif ialah mengumpat OK... sebab keje x effisyenn asyik nak mengumpat ..Itu lah jadinya..Maka tahun ini saya akan tingkatkan lagi . Sebabnya kadang2 godaan mengumpat tue amatlah tinggi. Tak elok OK very negatip...
  4. Tingkatkan kualiti kehidupan .. jalani hidup dengan penuh perasaan positif dan sentisa bersangka baik.. no more prasangka buruk. Memberikan stress pada tubuh badan yang comel nie..Berikan kasih sayang maka anda akan menikmati kasih sayang yang sebenar.
Dan banyak lagi kalau nak ditulis kat sini, Dengan ini penutup 2010 saya tutup semua buku buku baru pun bermula di tahun 2011. selamat tahun baru kepada semua mohon maaf dan ampun jika ada sebarang kekesaran dan terkurang bahasa.Semoga hari anda bermula dengan baik di tahun 2011.


LIVE.LIFE.ENJOY

5 comments:

mzhany said...

fiza, hehe hany xbuat azam pun lagik. huhuhu cmno nih. tp betol cakap fiza, kuruskan badan tu tiap2 tahun ada kan kan kan..ahaha

Fiza Amran said...

betul hany ahahahhaha azam tipilak.. jom la kita kuruskan badan sama2 hehe

izahdaut said...

kuruskan badan? hahaha,.. sama lah.tiap2 tahun ada azam tapi tiap2 tahun jugak naik berat.happy new year too

Nurul Aziz said...

happy new year to you..semoga azam2 tu semua tercapai la hendaknye =)

Tupai Karan said...

slmt tahun baru Fiza :)

aku pun azam nk kuruskan badan tah le blh tercapai tak dgn selera makan yg tak terkawal ni heh.. ingat nak tambah baby baru, nak aim 11.11.11 kalau buleh tapi baby skarang dok kecik lagi so tangguh dulu thn ni :P