live.life.enjoy Headline Animator

CLICKL Heree!!!!!!!!!!!!!!!

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Tickers

Daisypath Wedding tickers

Friday, February 3, 2012

Kisah kad undangan yang tak ikut spesifikasi

Holla  and salam peeps,

Saya sangat kecewa dengan kad undangan saya. Asalnya saya ke sana berdiskus berkenaan harga dan design yang saya nak. Ok fine... Within 1 days design dah siap. Alhamdulillah ... So come  to the printing . Gedebuk gedebak saya diskus email here and the maka siaplah kad saya. So as discuss material card yang saya nak ialah kad matte bewarna cream.Tapi no one cares to jot down what we discuss . As for me i remember what i want.I thought that is their way of doing business masing-masing ingat apa yang saya nak. Kerana terlalu percayakan kepada vendor saya. Saya serahkan bulat-bulat pada mereka.Hinggalah time untuk print.

Bila sampai time print diorg inform ok kami dah nak print kad. So saya yang tengah kelam kabut dengan kerja bagai terus kata OK. Sebab saya sangat percayakan vendor nie.3 hari berlalu dan saya call. Since nak balik kampung masa CNY nak start sending the card saya go and colllect before that. Bila sampai sana nak amik card. Kad dah siap TAPI........................ Envelope nya mana???? Adik yang jaga kedai tue cakap. Enevelope belum print lah akak. WTH .. macam mana ko boleh print kad tapi tak print envelope sekali???? Bila buka pulak kad undangan. OMG.................. sangat berbeza dengan apa yang saya nak. Ok print atas kertas glossy warna putih. Bayangkan sahaja kad undangan yang di print atas kad raya.

Macam tue lah kualiti kertas yang saya dapat. Lets be fair here.. Saya memang nak harga kad yang murah. Tak di nafikan memang murah RM0.80 sekeping. Tak dapat harga tue dengan design yang saya nak. Plus untuk memudahkan mereka saya ambil semua benda yang dah siap dalam kedai tue. Maksudnya plat yang sedia ada design yang sedia ada cuma perlu print so kos saya akan menjadi murah disebabkan mereka tak perlu mencipta sesuatu yang luar biasa dan menambahkan kos. Tapi saya hanya demand kualiti kertas which dalam perbincangan sebelum ini tidak menjadi suatu masalah katanya. Its just diorg kena print kan sahaja. Even sekalipun kertas yang saya nak naik harga sepatutnya diorg call saya cakap nak proceed ker dengan kertas lain sebab harga naik. Naik harga sikit pun saya tak kisah. boleh bayar lagi.

Sampai sekarang saya masih belum menerima envelope saya. The best part 2 days after saya ke sana collect card envelope masih belum siap sekali dengan TQ tag yang saya request nak buat dengan diorg. Bila nak ambil the 2nd time dia boleh cakap

" alamak kak envelope belum siap lagi "

padahal sebelum tue saya dah call tanya dah siap ker belum. Memang sangat upset.

Perkara yang lagi seronok semua pekerja yang deal dengan saya berkenaan kad undangan saya semuanya telah berhenti kerja dari situ. Dari mamat yang discuss price dengan saya hinggala mamat yang buat design kad saya. Semua dah berhenti. Yang tinggal hanya lah budak tomboy yang tak tahu apa-apa. Nak marah pun tak boleh sebab she know nothing.

Saya kena redha mungkin dalam banyak-banyak dugaan ini lah antara dugaan yang perlu saya hadapai dalam persiapan majlis kali ini.

Akhir kata tengok lah kad kahwin saya yang nampak cantik tapi saya tak puas hati sebab tak ikut spesifikasi






Thursday, February 2, 2012

Bridal Shower....Special Treats from colleagues


Hye lovely ,

Pernah tak baca entry saya yang ini Bridal Shower. Saya sangka dulu tiada siapa yang mahu buat Bridal shower untuk saya. Tak sangka sangat. Sangat2 tak sangka yang ada orang akan buat this lil party for me. Thanks a lot to my lovely gurls Ain , Fazi , Aida dan Syazreen. Also my Bride-to-Be partner Farah Dilla. Actually , this lil party supposed to be a dinner party. Since Farah is already on leave coz her cousins wedding so the party is bring to lunch. 

Our luncheon bridal shower hold in Serai , Empire Subang. Thank you to alls you make my wish come true . Really appreciate the party and our friendship.Jom layan piccas:

Serai Interior 

From left Aida , Ain , Fazi

Bride to be Farah Dilla and Me

Seafood Angel Hair

Noodle Soup

Serai Platter

Also serai platter

Molten Lava 

Nasi Ambeng

Ice Chendol

Sirap selasih from left , Ice Lemon Tea and not sure apa yang Farah order

The most popoular Serai Pavlova


The girls. ( Abaikan aiii dengan perut yang ewwwww tak lawa)

Syazreen , Aida , Ain


Fazi , Farah Syazreen and Me

Aida , Ain , Syazreen and Fazi


Thank you tak tahu dah nak cakap macam mana perasaan.Sangat terharu and happy. Thank You gurlsss.. Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


Wednesday, February 1, 2012

Soalan Bocor Temuduga Kahwin Pulau Pinang



Dear My Lovely Readers and Silent Readers,

Petang nie agak panas. Serius panas… sepanas otak ku berfikir. Persiapan sedang giat dilakukan. Waima di tempat kerja pun masih memikirkan apa lagi yang perlu dilengkapkan untuk majlis nanti. This time saya nak share pengalaman saya submit borang kebenaran nikah dan kahwin untuk Pulau Pinang.
Mood nak kerja?? Dah pasti dah ke laut nie. Pagi-pagi dah selesaikan beberapa perkara penting berkenaan kerja dan petang macam biasa skrang nie time memikir.Hahahaha banyak memikir pun banyak jugak masalahnya kan…
Pertama :
Borang dah di ambil oleh mama saya sejak awal lagi. Segala nya perlu disi ,maklumat lengkap pengantin lelaki dan pengantin perempuan kena isi. Serisu macam tak percaya weih saya tengah isi borang kahwin. Make sure segala dokumen perlu di attached .
·         IC pengantin perempuan dan pengantin lelaki
·         Surat nikah ibu dan bapa
·         Sijil perkahwinan asal & salinan pengantin lelaki dan perempuan
·         Sijil Kematian ( bagi yang bapa yang dah meninggal ) atau IC wali
·         Surat pengakuan bujang  ( yang nie kalau pemohon adalah perempuan yang lelaki perlu mendapatkan surat pengesahan bujang dari negeri masing2)
·         Keputusan HIV test

*Kalau saya miss apa2 minta jasa baik tolong tambah.
Kedua :

Bila semuanya dah lengkap hantar ke pejabat agama masing-masing. Nanti dah siap dia kan suruh jumpa ustaz ataupun jumpa penemuduga. Wahhh nak kahwin pun kena temuduga ok.Bukan senang2 nak kahwin . Sebab nak pastikan yang kita nie dah bersedia atau tidak.
Masa time saya mula-mula saya masuk saya ada beberapa soalan sebelum proceed interview. Iaitu soalan berkenaan wali . So yang nie satgi saya explain kat bawah.
Kat bawah nie soalan bocor yang biasanya akan di tanya semasa temuduga.
      
1.      ·  Istighfar
          Al-Fatihah
3.      ·  Lafaz dan erti syahadah
4.      ·  Selawat Nabi s.a.w.
5.      ·  Rukun Islam
6.      ·  Rukun Iman
7.      ·  Rukun nikah
8.      ·  Fardu wuduk/membatalkan wuduk
9.      ·  Jenis dan bahagian air
10.  ·  Sebab dan mandi wajib
11.  ·  Hukum haidh/nifas dan istihadah
12.  ·  Waktu-waktu sembahyang
13.  ·  Sebab-sebab hadas besar dan kecil
14.  ·  Jumlah rakaat dan tahiyatnya
15.  ·  Rukun sembahyang
16.  ·  Aurat lelaki dan perempuan
17.  ·  Lafaz mandi hadas besar dan kecil
18.  ·  Baca surah al-Fatihah
19.  ·  Baca qunut
20.  ·  Baca tahiyat awal dan akhir
21.  ·  Tanggungjawab suami dan isteri
22.  ·  Siapakah yang boleh memberi talak
23.  ·  Waktu Haram untuk bersetubuh
24.   ·  Soalan tambahan jika perlu.
25.           Talak
Yang mana yang saya tanda merahkan adalah soalan yang di soal pada saya.Untuk istigfar jangan lupa istigfar nie istigfar yang panjang jangan baca yang pendek jer ingat sekali dengan maksudnya .
Rukun islam ustaz tue tak tanya saya semua dia tanya saya Rukun Islam No.2 apa dia?
Saya jawab Solat Lima Waktu . Terus ustaz tue jawab betul kita nie kena solat supaya isteri dapat mendokan suami . Suami pula dapat mendoakan isteri agar rumah tangga kekal bahagia ke akhir hayat.
Bila ustaz tanya tentang waktu haram bersetubuh dengan confident nya saya jawab satu persatu. Tapi tertinggal time puasa
“ Bulan puasa boleh bersetubuh ker tidak ?”
“Tak boleh ustaz”
‘Siang ke malam “
“ Malam… “
“ Haaa… betul2 …” kata ustaz
“ Eh silap ustaz malam boleh siang tak boleh “
“ Baik… jangan silap nanti siang pun ON “
Adeh .. malu nya…

Hahahahah lepas tue saya dapat keputusan ada tiga rating kat situ BAIK/ SEDERHANA / LEMAH .Alhamdulillah saya berjaya score untuk yang BAIK.
Sebenarnya kalau hari-hari kita buat benda yang dituntut tiada masalah dalam nak menjawab soalan-soalan bocor yg di tanya.




Ketiga : Wali

Saya dah tiada wali kuat maksudnya ayah saya dah meninggal begitu juga pakcik-pakcik saya.Saya hanya ada sepupu untuk mewalikan saya. Hajat di hati adalah nak guna wali hakim. Tapi wali hakim nie tak semudah yang kita sangka. Walaupun sepupu saya adalah wali yang tak kuat tetap saya kena guna sepupu untuk mewalikan saya. Tak de option lain dek non…. Sebanya selagi korang ada wali bau-bau taik ayam sekalipun ustaz tetap nak guna sepupu sebagai wali. Agak kecewa di situ hokeh.
Tapi allah permudahkan segalanya untuk saya berkenaan wali dapat diselesaikan dengan lancar . Semoga masa pernikahan saya nanti akan berjalan dengan smooth dan mudah.
So akhir kata to all pengantin semua .
 Bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal tiba. 

Tuesday, January 31, 2012

Wishing Tree- DIY



Holla Peeps ,


Seperti yang di janjikan. Balik kampung last week saya dah berjaya siapkan my wishing tree. Kos nya tak mahal. Murah dan banyak guna barang recycle. Kebetulan ketika sibuk mencari kumpulan kompang saya terserempak dengan ranting kayu terbuang. Dia punya ranting sgt cantik dan banyak cabang sangat sessuai untuk wishing tree. Lepas di kenal pasti rupanya ranting kayu nie milik pokok dedalu. Siapa kenal pokok dedalu ?? Pokok dedalu nie la pokok jenis parasit yang duduk bertenggek di pokok kayu.Bila dah di potong dan di buang maka ianya kering sendiri.

Jom tengok apa barang yang diperlukan:


1 tin cat spray cat No 64 Matte White. Saya tak guna mettalic white sebab tak nak dia nampak berkilat.


Ranting kayu yang terbuang dan kering. 



Spray kan ranting kayu dengan spray putih dan biarkan kering. 

Dah siap wishing tree saya hanya tunggu untuk di deco kan masa majlis nanti.

Kos Wishing Tree
  • Ranting Kayu - Free
  • Spray Paint - RM 5.50 
Total Kos : RM 5.50





Monday, January 30, 2012

My Journey and aktiviti during CNY Holiday

Salam semua ,

Miss u all readers and silent readers. Leave your comment if u r one of silent reader so that i can acknowledge you all and appreciate you all also not to forget to my loyal readers.Thanks a lot for your support.

Maaf blog lama tak ber updated. Sebab nya saya sangat membusykan diri travel here and there. Start cuti CNY saya cuti di rumah balik ke kampung halaman di Kepala Batas. Almost seminggu bercuti maka macam-macam lah aktivitinya saya buat dirumah. Tapi itu pun ada yg masih pending belum selesai. Balik semula ke KL pada hari Khamis bertolak dr Penang jam 4 pagi. Sampai office ngam ngam time 8.30 pm . Jangan tanya berapa saya speed yang penting alhamdulillah saya selamat sampai.

On thursday saya balik rumah bersiap ala kadar berehat sebentar and the next day saya bertolak ke Kota Bharu bersama tunang dan keluarga. Kami bertolak jam 9 pagi dan tiba di sana jam 5 petang. Saya rasa saya dah pening dan penat menunggu time sampai ke sana. Maybe ada yang cakap eleh sekejap jer 8 jam ..Untuk saya yang first time ke sana menaiki kereta itulah adalah perjalanan yang paling panjang pernah saya lalui.Tujuan saya ke sana? Hmmm... yang pertama menyelesaikan urusan untk barang akad nikah . Gelang tangan dan cincin untuk en tunang saya. Mengapa Kota Bharu menjadi pilihan? Sebabnya Kota Bharu adalah tempat yang paling murah dan design yang cantik untuk beli emas. Plus en tunang juga ada beberapa keperluan untuk pulang ke sana . We kills 2 birds with 1 stone. Secara umumnya walaupun penat trip ini amat berbaloi kerana banyak urusan dapat diselesaikan.

Kesempatan balik ke Penang memberi peluang untuk kami the whole family gather. Selepas selesai urusan submit borang kahwin saya .. yeaaaaa.. dah boleh kahwin (gedik kan.. ) kami sekeluarga ke Tanjung a.k.a Georgetown untuk membeli barang kemas. Adik -adik I la yang paling excited.I tumpang jer. So sementara nak ke kedai emas maka kami singgah makan di Kapitan , Georgetown untuk makan Biryani Claypot dan Tandoori Naan Milani Chicken. Rasanya ??? Wow memang terangkat beb.... 3 Claypot Biryani dan 2 Naan Milani Chicken berjaya di habiskan.












Monday, January 23, 2012

DIY - Bunga Telur Dip

Salam peeps,
sekarang saya bersiaran dari kampung halaman. Penat jugak la .. Hahahaah nak buat bunga telur nak buat wishing tree nak buat meja akad nikah. Semuanya nak buat.Tapi pasti ada kepuasan nya di situ betul tak?
Gambar yang ada sikit teaser utk bunga telur bunga pahar saya.denfan bantuan mama dan adik akhirnya berjaya siapkan sepokok bunga telur bewarna peach. Nak naik jemu jugak. La menggulung fawai sehingga lah proses mencantumkan kelopak bunga yang sedia ada.
Ok sekarang saya tunjukkan sikit bunga yg dah siap. Nanti akan di tunjukkan DIY nya.

Friday, January 20, 2012

Janji - Janji Manismu.. Pernah putus cinta????. Bersykur lah anda..

Assalamualaikum W.B.H


Saspen tak tajuk entry hari ini. Tiba-tiba saja teringat nak bercerita bukan cerita apa.Sekadar luahan rasa. Hahahaaha..

Jangan risau  saya OK. Alhamdulillah.. sehingga hari ini kami masih bersama sebagai wife-to-be dan husband-to-be to each other.Doakan kami kekal ke akhir hayat.

Semua orang pasti pernah melalui pengalaman pahit dalam percintaan . Yang cukup bertuah alhamdulillah jumpa pasangan terus mendirikan rumah tangga. Hakikatnya tak semua orang nasibnya sama . Tak semua orang perjalanan jodohnya mudah dan pendek. Ada yang melalui perjalanan yang panjang dan melalui perjalanan yang penuh berliku dan onak duri. Kira set lengkap lah.Perkahwinan adalah suatu perkara yang paling di nanti oleh semua wanita . Perasan itu pasti ada. Tapi apakan daya jodoh tiada hati kecewa.

Bila masuk bab kecewa nie lah tak sedap sangat bunyi nya. Mula la teringat dulu

 "u janji macam nie u janji macam tue"

 Sayang ku adik-adik , kakak-kakak...

Dengarlah nasihat saya ini. Tak semestinya yang pahit itu sakit  yang manis itu sihat.Kerana setiap kesakitan ada penyembuhnya ada sebabnya . Selagi kita bernama manusia tak kan lepas dari di uji.Tersurat untuk manusia kalau tak diuji tak kan ada erti menghargai.Selagi belum terasa kesusahan takkan faham erti bersyukur.Memang bercakap nampak senang tapi itu lah hakikat nya kena lalui.

Kala ini saya bersyukur sangat bersyukur ke hadrat NYA...

Kerana menemukan saya dengan kekasih yang SALAH kerana jika saya tidak bertemu dengan nya maka saya takkan bertemu dengan bakal suami saya yang sekarang.

Kerana memberi ujian ketahanan jiwa dan mental apabila di uji dengan kesengsaraan dan kekecewaan kerana jika tidak diuji saya takkan kenal Solat Sunat , Kuasa Minda , Seni Berdoa dalam Islam , Meditasi dalam Islam dan lain - lain.

Kerana menemukan dengan manusia-manusia yang bermulut manis hakikat nya menipu kerana saya kini lebih kenal dengan manusia yang jujur atau sekadar nak bersuka-suka .

Kerana setiap ujian atau dugaan mengajar saya tentang kematangan hidup .

Kerana dugaan yang hadir membolehkan saya menilai  apa yang terbaik dalam hidup saya.

Kerana setiap kesusahan saya nampak siapa yang lebih menghargai dan sentiasa memberi sokongan dan mengingatkan saya agar terus menghargai mereka orang-orang tersayang yang sentiasa di hati hingga ke akhirnya.

Kesimpulanya .. PUTUS CINTA tak semestinya berduka selamanya . Setiap ketentuan ada hikmah dan cerita yang terindah dan termanis di akhirnya. 

Jodoh , rezeki , maut  ada lah RAHSIA NYA.

Jangan Bersedih Sayang.