Thursday, February 16, 2017

Homecook Bento from Fiza's Kitchen



Salam Sejahtera, 

Kalau sesiapa perasan dekat IG : @fizaamran ( meh la follow ramai-ramai).

 Setakat ini dah hampir 14 hari saya berjaya buat bento untuk diri sendiri dan juga husband.Kami dah sekian lama bersarapan dengan beli nasi lemak , bihun goreng , mee , koew tiaw dan lain-lain dari makcik gerai. Bila dah selalu sangat jadi jemu dan sarapan heavy yang selalunya tak nak berapa healthy.

Jadi dengan itu untuk memastikan keluarga kecil kami ( hahhaha kecil la kan ada suami dan isteri jer) makan makanan yang lebih berkhasiat dan sihat maka saya memulakan misi bento . Alhamdulillah masih istiqomah buat bento kecuali untuk hari-hari saya outstation. Sama ada bento ringkas dan cepat atau tiada lansung. 

Antara soalan-soalan yang di soal.


Jam berapa bangun untuk siapkan bento ? 

Depend untuk jenis menu yang disiapkan pada hari berkenaan. Contoh jika menu seperti grilled , roasted atau  bakar. Seawal jam 5.45 pagi saya dah bangun untuk siapkan semua. Kalau menu mee goreng , bihun goreng 6 am dah memadai. 


Time management untuk preparation bento . 

Tips untuk buat bento yang utama. Planning adalah sangat penting. Perancangan bento mestilah bermula dengan senarai menu . Rancang menu anda. Contoh : 

Minggu 1

Isnin : Nasi Putih + Ayam Goreng Kunyit + French Beans, Carrot and Bawang + Telur Dadar 

Selasa : Spaghetti Bolongnese + Meatball + Broccoli 

Rabu : Grilled Sandwich + nenas  + Anggur 

Khamis : Nasi Goreng Daging + Sosej Roll 

Jumaat : Bihun Goreng + Epal Hijau


Dari sini dah boleh buat belanjawan dan persediaan. Sebagai contoh hari Isnin . Ayam dah boleh dicuci bersih dan di potong kecil dan disapu kunyit garam. Sayur di potong awal dan dicuci simpan dalam ziplock bag.Bangun pagi goreng ayam sampai garing masuk sayur goreng sebentar dan siap. Sambil goreng ayam dah boleh masak nasi putih. 20 minit siap.

Spaghetti dah boleh di sediakan sos dan bekukan.Cuci dan potong brocolli simpan dalam ziplock bag.Sebelum tidur keluarkan dari freezer dibahagian peti ais bawah . Bangun pagi panaskan kuah serta masak meatball dan rebus spaghetti. Cepat dalam 20 minit siap. 

Bihun goreng biasanya sebelum tidur dah siap rendam bihun, buat sambal perencah, potong sayur . Bangun esok pagi panaskan perencah masuk bihun dan sayur . Anggaran 15 minit siap.

Kalau ada soalan lain boleh tinggalkan di bahagian komen, Saya cuba jawab.

Ini adalah bento yang dah saya buat untuk inspirasi semua .





Fettucinni Aglio Oli dengan Grilled Chicken + Toasted bread with beef patties and salad.


Chicken Macaroni Soup with vege


Bihun Goreng Daging + Green Apple


His: Nasi Putih Kicap + Ayam Goreng Kunyit + Sayur + Potato Cheese Ball
Her: Potato Cheese Ball + Half Boiled egg & Toasted Bread + Waldorf Salad


Nasi Putih + Daging Kicap Black Pepper and Brocolli


Peanut Butter French Toast


Capati Segera Epal and Peanut Butter


Grilled Sandwich with Poached Egg and Wild rocket +  Chia Seed Pudding


Cottage Pie + Brown Sauce+ Peas Carrot and Tuna Sandwich


Grilled Chicken + Grilled Vege and  Spinach


Chicken Pie + Carrot +Peas Brown Sauce + Overnight Oat


Pesto Spaghetti and Salmon + Asparagus + Tomato


Grilled Chicken + Roasted Potato + Asparagus + Carrot + Granola


Nasi Goreng Daging + Keow Tiaw Goreng 


Jumpa lagi

p/s : Yang penting istiqamoh. Trend breakfast pun akan tune, Perut dah tak meminta benda yang pelik dan lebih cepat kenyang.

Ada soalan boleh email : norhafiza796@gmail.com


XOXO



No comments: