Monday, February 16, 2015

Nasi Arab Mandy Chicken *New Improvise Recipe





Wahhh.. lama tak bersiaran .Semalam sempat buat nasi arab . This is my husband favorite. Pernah keluarkan dalam blog nie before this. Tapi itu resepi masa mula-mula belajar buat nasi arab nie, Dah lama-lama dah pandai and tahu nak adjust sendiri  bahan-bahan dalam tue.Since , ada beberapa orang minta resepi saya share kan di sini yang telah di improvise kan.

 Nasi Chicken Mandy
__________________

3 pot Berasa Basmathi - direndam selama 20 minit dan dibasuh
4 pot air rebusan ayam - air biasa pun boleh 
3 sudu makan rempah chicken mandy
2 biji bawang merah - dihiris 
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit campuran kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih 
3 sudu makan minyak sapi 
1 sudu makan minyak sayur 
1 biji lemon kering - dibelah 4
arang 
2 sudu makan minyak zaitun

* Lemon Kering 



Kaedah : 

  1. Masukkan minyak sapi dan minyak sayur dalam rice cooker . Bila cukup panas masukkan bawang dan rempah campuran  . Tumis sampai bawang layu.
  2. Bila bawang layu masukkan rempah chicken mandy . Masak sampai garing. Masukkan beras dan lemon kering Kacau sampai rata.
  3. Masukkan beras. Biarkan sampai nasi masak. Bila nasi masak gemburkan nasi . Ambil aluminium foil buatkan seperti mangkuk kecil. Korek lubang di tengah nasi. Masukkan mangkuk aluminium tadi dan tuangkan minyak zaitun. 
  4. Bakar arang dalam size 50 sen or sebesar ibu jari . Ikut kuantiti nasi . Bila dah jadi bara cepat-cepat letak dalam mangkuk aluminium tadi dan tutup periuk. Nak makan nanti baru buka.


Grilled Chicken Mandy 

1 ekor ayam di potong 10
3 sudu makan rempah Mandy 
4 sudu makan rempah campuran ( thyme +rosemary +paprika+oregano +garlic powder) 
garam 

Kaedah :

  1. Rebus ayam bersama 3 sudu makan rempah mandy sampai hampir empuk . 
  2. Angkat dan toskan ayam. 
  3. Campur rempah campuran .
  4. Biarkan seketika 
  5. Grilled ayam sampai garing. Siap.
Sambal Tomato

 5 biji tomato
1 ulas bawang putih
4 tangkai daun ketumbar
garam
2 biji cili hijau

Kaedah :

Blend semua tanpa air atau pun sedikit air sampai hancur tapi tidak terlalu halus . Simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk di hidangkan.


Timun Yogurt

3 batang timun di potong dadu dan di buang biji.
1 cawan yogurt plain

Kaedah :

Gaul timun dengan yogurt dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk di hidangkan.


Salsa Tomato

5 biji tomato- di dadu
4 btang timun jepun - di dadu
2 biji bawang merah - di dadu
1 biji limau nipis - di perah dan ambil jusnya
garam secukup rasa
daun ketumbar 5 tangkai di hiris halus.


Kaedah

1. Gaul semua bahan simpan dalam peti sejuk .

Hidangkan nasi arab bersama dengan ayam , sambal tomato , salsa tomato dan timun yogurt.

No comments: